Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Agropelancongan

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul; "...agropelancongan dan ekopelancongan" atau "... agro dan ekopelancongan"?Ungkapan yang betul ialah "agropelancongan dan ekopelancongan" kerana agro dan eko ialah awalan asing yang bergabung dengan kata dasar untuk membentuk istilah tertentu dan setiap satunya mempunyai maksud yang berlainan.Tatabahasa06.06.2011
Bolehkah perkataan bandar agropolitan digunakan? Semakan istilah: Bandar Interaktif Agro Teknologi, Bandar Interaktif Agro Ekonomi, Bandar Interaktif Agro Pelancongan. Bolehkan semua istilah ini digunakan untuk menggambar sebuah kawasan petempatan yang sedang membangunkan dan produk utamanya berasaskan pertanian komersial. Contohnya: Kerian Bandar Interaktif Agro Teknologi.Ejaan yang betul ialah agroteknologi, agroekonomi danĀ agropelancongan. Pada pandangan kami bagi menamakan sebuah petempatan yang berasaskan pertanian komersial sebagaiĀ kegiatan utamanya ialah Bandar Interaktif Agroekonomi.Tatabahasa18.03.2013
1) Apakah perbezaan antara eko-pelancongan dan agro-pelancongan 2) dari segi ejaan adakah dieja dengan satu perkataan, dua perkataan atau ada tanda sempang. terima kasih. Rusli Kamaruddin PA YB Dato' Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

 Encik Rusli,

Perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut dapat dilihat daripada makna yang diberikan.

Ekopelancongan bermaksud pelancongan yg berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi spt. flora, fauna, pantai, tasik dan sungai: Kajian dijalankan utk menjadikan tasik itu sbg. pusat penyelidikan dan ~.  

Agropelancongan bermaksud aktiviti pelancongan yang berasaskan pertanian seperti lawatan ke ladang kelapa sawit, kawasan ternakan atau dusun buah-buahan.

 

Kedua-dua perkataan ini dieja sebagai satu perkataan.

Makna07.01.2010

Kembali ke atas