Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
hubung kait antara kata ganda dan semantikPertanyaan saudara ini berbentuk tugasan pelajar. Saudara perlu membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci. Bagi membantu saudara dalam perkara ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus. Saudara juga boleh membuat kajian di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut.  Istilah04.09.2009
selamat sejahtera, tuan / puan. Saya ialah guru sekolah menengah, ingin mendapatkan pengenalpastian daripada pihak tuan / puan berkenaan dengan frasa "antara langkah-langkah" dan "antara langkah" . Jika adanya penggunaan perkataan "antara", perlukah kita menggunakan kata ganda selepasnya ? Sekian, terima kasih kerana dapat membantu.Frasa yang betul ialah "antara langkah". Kata antara menjadi penanda jamak bagi perkara yang hendak disenaraikan, maka perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan.Tatabahasa03.08.2016
-MENGAPAKAH PROSES PENGGANDAAN PENTING DALAM BAHASA MELAYU ? -PROSES PENGGANDAAN MANAKAH YANG LEBIH BAIK, BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS ?


Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, separa dan berentak. Kata adjektif ganda, kata nama ganda  dan kata kerja ganda dalam penggandaan separa, iaitu proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Contoh : Kata kerja = berlari-lari, berkata-kata; kata nama ganda = sayur-sayuran, orang-orangan; kata adjektif ganda = sepandai-pandai, sebaik-baik. Manakala dalam penggandaan berentak pula, contohnya : kata nama ganda = kuih-muih, batu-batan, anak-pinak; kata kerja ganda = cerai-berai, dolak-dalik, ulang-alik; kata adjektif ganda = hiruk-pikuk, gelap-gelita, lintang-pukang.

Tidak ada kaedah yang menentukan proses penggandaan mana yang lebih baik antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Tatabahasa29.01.2017
terima kasih kerana mengambil tindakan segera.Antara kekeliruan yang dikesan ialah tentang hukum DM dan kekeliruan jawapan yang diberikan bagi kata ganda dan kata majmuk.

Terima kasih menggunakan khidmat nasihat bahasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tatabahasa03.12.2010
ingin mengetahui perbezaan di antara:- Orang tua-tua dan orang-orang tua. terima kasih

Kata ganda yang betul ialah orang-orang tua (bukan orang tua-tua) merujuk kepada ramainya orang tua yang ada.

Tatabahasa31.10.2009
salam, boleh tidak menggunanakan perkataan "antara" pada permulaan ayat?Antara boleh hadir pada permulaan ayat. Walau bagaimanpun saudara perlu berhati-hati apabila menggunakan perkataan antara pada permulaan ayat, tidak boleh diikuti oleh kata ganda seperti Antara isu-isu yang dibincangkan..., sebaliknya yang betul ialah Antara isu yang dibincangkan.... Tatabahasa02.03.2012
Apakah perbezaan antarakata” dengan “perkataan” dalam kajian morfologi?Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan, perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk yang dapat dijeniskan sebagai kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Untuk huraian terperinci tentang bentuk kata, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 43 -56 (Bab 3 - Morfologi)Tatabahasa07.10.2013
Saya ada kemuskilan antara perkataan lauk-lauk dengan lauk-pauk.Apakah perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut?"lauk-pauk" ialah kata ganda bagi "lauk" yang bermaksud bermacam-macam jenis lauk (Kamus Dewan Edisi Keempat), manakala "lauk-lauk" pula ialah ulangan kata "lauk".Tatabahasa08.08.2014
Bagaimanakah penggunaan tanda sempang (-) di dalam perkataan berganda apabila menulis? Adakah perlu dijarakkan antara perkataan dan tanda sempang. Contoh : haiwan - haiwan atau haiwan-haiwan terima kasih.Tanda sempang (-) yang digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan. Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) seperti yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea atau mengganti perkataan hingga seperti Jun - September.Tatabahasa19.07.2012
Perbezaan antara orang-orang tua dengan orang tua

Puan Efarizan, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

orang-orang tua bermaksud dalam sesuatu kumpulan itu, orangnya tua-tua semuanya. Boleh juga menunjukkan kata ganda bagi ramai orang tua - perkataan pertamanya yang digandakan. Manakala bagi perkataan orang tua - seseorang itu yang dibandingkan dari segi umurnya.

 

Makna07.03.2009
1234

Kembali ke atas