Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bulan keempat dlm Tahun Masihi yg mengandungi 30 hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg keempat dlm tahun Masihi (terdiri drpd 30 hari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata April


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
APRIL

April ialah bulan keempat dalam setahun,

mengikut kalendar Gregory, yang digunakan hampir

di seluruh dunia pada hari ini. Orang Rom

menamakan bulan ini Aprilis . Nama ini mungkin

berasal daripada perkataan yang bermakna

membuka , atau mungkin berasal daripada

Aphrodite , nama Yunani bagi dewi cinta. April ialah

bulan kedua dalam kalendar Rom awal, tetapi April

menjadi bulan keempat apabila Julius Caesar

mengkaji semula kalendar pada tahun 46 S.M.

UMUM 
HARI APRIL FOOL UMUM 
PERTEMPURAN CONCORD

Pertempuran Concord berlaku pada 19 April

1775, menandakan pertempuran yang kedua antara

kumpulan patriot dengan pihak Inggeris dalam

Revolusi Amerika. Peperangan ini mula meletus

berhampiran Lexington, Massachusetts. Semasa

musim sejuk sebelumnya, orang Amerika telah

mengumpul bekalan ketenteraan sebagai persiapan

jika berlakunya peperangan. Kerajaan Inggeris

mengarahkan ketua turus angkatan tenteranya di

Boston , Leftenan Jeneral Thomas Gage, untuk

memusnahkan simpanan bekalan di Concord. Pada

malam 18 April, Gage menghantar 700 orang tentera

di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Francis Smith

untuk melaksanakan arahan ini. Tetapi, Paul Revere

dan William Dawes memberi amaran kepada

penduduk di kawasan itu bahawa tentera Inggeris

sedang mara.

UMUM 
YURI GAGARIN

Angkasawan Soviet yang pertama mengorbit bumi pada 12 April 1961.

FIZIKTokoh
DJAMIL SUHERMANDJAMIL SUHERMAN (1924 – 1985), penulis Indonesia. Dia lahir pada 24 April 1924 di Surabaya, Indonesia. Dia mendapat pendidikan Sekolah Menengah Pertama (SMP) Kediri (1947) dan Sekolah Menengah Atas (SMA) Surabaya (1950). Kemudian dia meneruskan pelajaran di Akademi Administrasi Negara (AAN) di Bandung dan tamat pada tahun 1965.SASTERATokoh
RABUAN PIT

Rabuan Pit (1956– ), atlet dan olahragawan

Malaysia. Dia lahir pada 26 April 1956 di Merlimau,

Melaka. Dia mendapat pendidikan di Sekolah

Kebangsaan Merlimau dan Sekolah Menengah

Dato’ Abdullah Yaakob, Merlimau, Melaka.

UMUM 
PUNCH GUNALAN, DATUK

Punch Gunalan, Datuk (1944– ), pemain

badminton Malaysia. Dia lahir pada 2 April 1944 di

Selangor. Dia mendapat pendidikan di Sekolah

King George V, Seremban, sebelum melanjutkan

pelajaran di Brighton Technology College, United

Kingdom pada tahun 1963. Dia mendapat kelulusan

ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal pada

tahun 1967.

UMUM 
SYEIKH AHMAD AL-FATANI

Syeikh Ahmad al-Fatani (1856–1908) ialah

ulama Thailand. Dia lahir pada 10 April 1856 di

Kampung Sena Janjar, Pattani. Nama penuhnya

ialah Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa

bin Muhammad Al-Pattani. Ketika berusia empat

tahun, dia mengikuti keluarganya berpindah ke

Makkah. Semasa berada di Makkah, dia sangat

rajin belajar. Ketika berusia 12 tahun, dia telah

dapat menguasai ilmu tatabahasa Arab (ilmu

Nahwu). Dia berpindah ke Baitulmuqaddis selama

dua tahun dan belajar ilmu kedoktoran/ilmu tabib.

Dia dikatakan adalah orang Melayu pertama yang

mahir dalam bidang ilmu tabib dan menerima

pendidikan khas dalam bidang ini.

UMUM 
EDWARD V

Edward V (1470–1483), menggantikan

ayahandanya, Edward IV, sebagai raja England

pada bulan April 1483 pada usia 12 tahun.

UMUM 
REVERE, PAUL

Revere, Paul (1735–1818), patriot Amerika yang

membawa berita kepada penduduk Lexington,

Massachusetts pada bulan April 1775 tentang

kemaraan tentera Inggeris.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas