Pilih jawapan yang paling sesuai. 1."_____ sedang beradu ," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak. I Beta II Hamba III Baginda IV Tuanku A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV Sekian, terima kasih. | "Baginda sedang beradu," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak. | Tatabahasa | 20.08.2015 |
I Saya hendak menemukan Musalmah petang ini. II Cara Kumar bercakap terlalu meninggi. III Bayi itu sedang menyusu di pangkuan ibunya. IV Pada masa itu, saya sedang tidur. A I dan II B II dan III C III dan IV D I, III, dan IV | Ayat II dan II betul. II. Cara Kumar bercakap terlalu meninggi. III. Bayi itu sedang menyusu di pangkuan ibunya.
| Tatabahasa | 03.10.2013 |
Jawapan yang manakah betul ? 1 I Pendapat seorang pengurus syarikat biasanya kukuh. II Jambatan yang lama itu masih kukuh untuk digunakan. III Kedudukan Encik Amin sebagai pengerusi persatuan itu kukuh. IV Persembahan yang kukuh akan menjadikan majlis lebih menarik. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV | Sdr. jawapan yang betul ialah B. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan proses pembentukan kata? I Menambah imbuhan pada kata dasar. II Mengulang seluruh atau sebahagian kata dasar. III Menggantikan unsur-unsur tertentu kepada kata dasar. IV Mencantumkan huruf dan suku kata serangkaian perkataan sesedap sebutan. A I dan II B II dan III C I dan IV D III dan IV | Antara yang berikut, yang manakah yang berkaitan dengan proses pembentukan kata? I Menambah imbuhan pada kata dasar. II Mengulang seluruh atau sebahagian kata dasar. A. I dan II | Tatabahasa | 17.10.2013 |
salam sejahtera. adakah bahasa melayu memmpunyai perkataaan khas bagi menggambarkan situasi permainan bola sepak ini? keadaan i. bola dikuasai pasukan B. ii. pemain pasukan A yang mengawal pemain pasukan B dengan jarak yg terlalu rapat sehingga jika pengusaan bola bertukar tangan. pasukan A ssh utk melarikan bola n mmbuat prosedur serangan. terima kasih | Pelbagai perbuatan dan keadaan tidak dapat diungkapkan dalam satu perkataan melainkan menerangkan satu per satu perbuatan dan keadaan yang berlaku. | Istilah | 02.08.2014 |
Apakah jawapan bagi soalan di bawah?( PMR 2006). I Penyanyi itu telah memperdengarkan nyanyiannya kepada penonton di dewan itu. II Peragawan-peragawan itu memperagakan fesyen-fesyen pakaian yang terbaru. III Pelajar itu mendapat hadiah daripada gurunya kerana lulus di dalam peperiksaan di sekolahnya. IV Kejayaan seseorang itu banyak bergantung kepada usahanya sendiri. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV | Jawapan A. I sahaja yang tepat. | Tatabahasa | 08.03.2010 |
Perbezaan Garis Panduan / Dasar / Polisi dan susunan keutamaan. | 1. Makna garis panduan:<b> b>(i)<b> b>panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb.) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan. 2. Makna dasar: (i) pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras; (ii) pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi; (iii) yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok. 3. Makna polisi (i) rancangan tindakan yg telah dipersetujui secara rasmi sbg asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; (ii) dokumen yg mengandungi kontrak insurans. Daripada makna yang telah dihuraikan, maka sewajarnya susunan keutamaan ialah (i) DASAR; (ii) POLISI; dan (iii) GARIS PANDUAN. | Makna | 30.12.2016 |
I Air hujan yang lebat itu telah menenggelami seluruh kawasan kampung. II Sampah-sarap yang bertaburan telah mengotori kawasan tanaman. III Saya tidak suka menyalahi orang lain jika berlaku kesilapan. IV Sultan telah menganugerahi sebutir pingat kebesaran kepada abang. A I dan II B I dan III C II dan III D IIIdan IV | Jawapan yang betul ialah A. I dan II | Lain-lain | 05.07.2015 |
Jawapan yang manakah betul ? 2 I Sambal nasi lemaknya itu panas kerana terlebih cili. II Cuaca sepanjang bulan April diramalkan panas. III Mak Limah panas dengan kerenah anak cucunya yang ramai itu. IV Berita panas itu menjadi tajuk utama akhbar tempatan dan luar Negara. A I dan II B I dan III C II dan III D I I dan IV | Sdr. jawapan yang betul ialah D- ii dan iv. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
Yang manakah yang betul? a. i. peraduan penulisan esei ii. peraduan menulis esei b. i. cara-cara untuk menyediakan... ii. cara-cara menyediakan... c. i. berhasrat untuk melanjutkan pelajaran... ii. berhasrat melanjutkan pelajaran... Sekian, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Peraduan Mengarang esei. Cara-cara untuk menyediakan/ cara-cara menyediakan pun diterima. Berhasrat melanjutkan pelajaran dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran pun betul. Terima kasih. | Makna | 18.04.2008 |