Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Berkerja


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bekerja atau berkerja?Yang betul ialah bekerja.Tatabahasa08.05.2007
Apakah maksud perkataan berikut 1.berkerja 2. menaksirJawapan 1:
Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai  huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu. Menurut KAmus Dewan Edisi Keempat, bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu .

Jawapan 2:
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "menaksir"  bermaksud menaksir, mentaksir 1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengira: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi penghargaan (dgn sewajarnya), menghargai, menilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu;
Tatabahasa27.03.2013
bekerja atau berkerja... kalau bekerja betul bermaksud bejalan betul...mohon penjelasan penggunaan imbuhan ini

Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. Huruf 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai  huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu.

Ejaan yang betul bagi kata  beR- jalan ialah "berjalan" iaitu kata kerja  berawalan beR- bersifat tak transititif tanpa pelengkap. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 162 - 263.

Tatabahasa04.10.2017
mengapa perkataan bekerja tidak dieja sebagai berkerja?Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. Huruf 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai  huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu.Tatabahasa29.06.2009
mengapa untuk perkataan bekerja tidak di eja berkerja

Encik Anas terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Ejaan bagi perkataan BEKERJA yang betul ialah BEKERJA bukan BERKERJA

    -  suatu pengecualian dalam sistem ejaan bahasa Melayu

    -  dieja mengikut cara ejaan dalam tulisan jawi yang tidak membunyikan huruf R

 

Tatabahasa16.08.2009
saya inginkan penjelasan tentang ejaan bekerja. Mengapa pekataan tersebut tidak dieja sebagai berkerja? Terima kasih.Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai  huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu.Tatabahasa29.02.2008
Salam sejahtera, Saya petik teks di bawah ini daripada lelaman prpm@DBP. "Soalan saya inginkan penjelasan tentang ejaan bekerja. Mengapa pekataan tersebut tidak dieja sebagai berkerja? Terima kasih. Jawapan Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu." Soalan saya, mengapakah apabila perkataan serta diberi imbuhan "ber", ia menjadi berserta dan bukan beserta? Sekian, terima kasih.Awalan ber- yang bergabung dengan perkataan yang konsonan awalnya diikuti oleh -er- (kerja, derma, serta),maka r dalam awalan ber- tidak gugur, walaupun terdapat kecenderungan sesetengah penutur menggugurkan r dalam awalan ber- dalam pengucapan lisan. Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian.Tatabahasa03.02.2009
1. apakah penggunaan perkataan 'dibawah' dalam ayat berikut perlu dijarakkan? contoh : i) secara umumnya peruntukan masa guru dalam melaksanakan tugas di sekolah masih dibawah tahap maksimum. ii) pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam secara umumnya, masih dibawah tahap gred purata kebangsaan. 2. adakah penggunaan perkataan berkerja sesuai digunakan dalam ayat berikut?; i) kajian mendapati bahawa guru-guru yang berkerja di sekolah awam lebih bersikap positif ii). Kini, 27% daripada guru di Australia terdiri daripada guru yang berkerja secara separuh masa. bagaimanakah saya dapat membezakan penggunaan perkataan berkerja dan bekerja dalam suatu ayat?Dalam tatabahasa, ejaan yang betul ialah di bawah dan bekerja. Sila rujuk prpm.dbp.gov.my untuk ejaan dan makna perkataan.Tatabahasa08.02.2017
Apakah perkataan yang betul "bekerja" atau "berkerja".Ejaan yang betul ialah bekerja.Ejaan20.01.2014
adakah penggunaan perkataan "kondusif" di dalam teks ini adalah tepat? "Membudayakan persekitaran yang bersih, selesa, selamat serta kondusif dapat menggalakkan warga klinik berkerja dalam suasana yang ceria, bersatu- padu, berdisiplin dan berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan disamping menaikkan imej organisasi / jabatan".

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kondusif ialah sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu. Oleh itu istilah ini boleh digunakan dan sesuai dengan ayat yang saudara sertakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesalahan ejaan dalam contoh ayat yang diberikan, iaitu berkerja sepatutnya bekerja, bersatu-padu sepatutnya bersatu padu (tiada tanda sempang), disamping sepatutnya di samping

Istilah08.06.2009
123

Kembali ke atas