Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Dalam badan

Puisi
 

Berdentum guruh di papan,
     Kilat sampai atas batu;
Apa masalah dalam badan,
     Tolong huraikan satu persatu.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Umpama burung di dalam sangkar,
     mata lepas badan terkurung.

Bermaksud :

Anak gadis dalam pingitan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
contoh ayat "masalah obesiti akan menyebabkan masalah di dalam badan" betulkah penggunaan 'di dalam' dalam ayat ini.Ayat yang betul ialah "Masalah obesiti akan menyebabkan masalah kesihatan dalam badan."Tatabahasa27.11.2013
Ayat yang manakah betul? a) Lemak yang terkumpul di dalam badan. b) Lemak yang terkumpul di badan.Ayat yang betul ialah Lemak yang terkumpul di dalam badan.Tatabahasa11.01.2015
Adakah perenggan di bawah betul? Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum ialah pelajar dapat menyihatkan badan mereka. Apabila pelajar melakukan aktiviti sukan, badan mereka akan mengeluarkan peluh dan toksik dalam badan mereka dapat disingkirkan. Contohnya, pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan sentiasa aktif dan tidak mudah dijangkiti penyakit kerana toksik-toksik dalam badan mereka telah disingkirkan.

Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum termasuklah dapat menyihatkan badan mereka yang menyertainya. Apabila pelajar melakukan aktiviti sukan, badan mereka akan mengeluarkan peluh dan toksik dalam badan mereka dapat disingkirkan. Contohnya, pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan sentiasa aktif dan tidak mudah dijangkiti penyakit kerana toksik-toksik dalam badan mereka telah disingkirkan. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa02.01.2011
Tuan, saya ingin tahu penggunaan kata sendi yang tepat dalam ayat berikut: 1)Obesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan dalam badan seseorang. atau 2) Obesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Harap dapat penjelasan daripada tuan. Terima kasihObesiti ialah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan seseorang. Frasa sendi nama di dalam digunakan kerana badan mempunyai ruang fizikal yang boleh diketahui dengan jelas.Tatabahasa30.05.2012
Maksud bidang kerja/swasta/persendirian/sektor karajaan.Bidang kerja bermaksud kegiatan yang diceburi atau lapangan sama ada dalam badan kerajaan, persendirian atau sektor swasta.Makna28.02.2007
Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya mempunyai 2 pertanyaan. 1. Apa perkataan yang sesuai digunakan untuk aktiviti menuba ikan dalam bahasa inggeris. 2. Dalam kamus kesihatan dan penyakit, apa perkataan yang boleh kita gunakan untuk tujuan BUANG ANGIN JAHAT DALAM BADAN dalam bahasa inggeris. Bantuan dari pihak DBp diucapkan ribuan terima kasih. SekianUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan, kecuali istilah atau data yang ada dalam sumber rujukan kami. Kami juga boleh membantu semakan hasil terjemahan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan01.07.2015
Apakah saranan untuk terjemahan bagi 'baby blues'?Dalam bahasa Melayu, terdapat konsep "meroyan" yang merujuk gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dalam badan yang me­nyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dan lain-lain. Sekiranya sesuai, konsep atau istilah ini boleh digunakan. Sekiranya berbeza, terjemahan yang boleh dilakukan dengan mengambil konsep asal "baby Blues", iaitu postpartum blues atau postpartum distress syndrome, perkataan ini boleh diterjemahkan kepada kemurungan pascapartum atau kemurungan lepas bersalin.

Penyemakan dan penterjemahan16.12.2019
Tuan, saya ingin mohon kepastian tentang penggunaan perkataan "tuan" atau "puan" di dalam penulisan surat rasmi. Sekiranya kita sebagai pengirim surat telah sedia maklum penerima surat merupakan seorang wanita, adakah kata ganti kedua di dalam badan surat menggunakan "tuan" ataupun "puan" ? Perkara ini timbul kerana ada pihak yang mengatakan penggunaan "puan" perlu dielakkan, kerana ianya kurang formal. Mohon penjelasan tuan berkenaan perkara ini. Terima kasih.Kata sapaan 'puan' boleh digunakan pada permulaan surat sekiranya pengirim  sedia maklum penerima surat ialah seorang wanita. Kata sapaan 'tuan' digunakan atas nama jawatan sekiranya pengirim tidak mengetahui jantina penerima surat.  Lain-lain17.04.2009
Tuan, saya hendak mengemukakan satu kekeliruan dalam soalan. Ayat: Minumlah lapan gelas air setiap hari untuk menggantikan air yang keluar daripada badan. Dalam ayat tersebut, frasa yang digariskan ialah frasa "menggantikan air yang keluar daripada badan". Tujuan frasa ini digariskan adalah untuk menentukan sama ada frasa ini salah atau betul. Berdasarkan ayat tersebut, 1. menggantikan air yang keluar DARIPADA badan 2. menggantikan air yang keluar DARI badan. Yang manakah adalah betul? Mengikut pentafsiran(penjelasan, huraian) saya, selepas kata sendi nama "dari" perlulah ada suatu lokasi, tempat. Manakala "kata sendi nama "daripada" hadir di depan objek bernyawa, manusia. Tetapi berdasar pada jawapan buku latihan, jawapan yang diberikan ialah "menggantikan air yang keluar daripada badan". Badan bukankah sesuatu lokasi yang air keluar daripada? Bukan hendak menggunakan kata sendi nama "dari"? Saya keliru. Tolong berikan jawapan yang betul berserta dengan analisis soalan. Terima kasih.Frasa "menggantikan air yang keluar daripada badan" betul, menggantikan ialah kata kerja transitif yang diikuti objek iaitu air, dan daripada merujuk sumber iaitu badan dan bukannya lokasi seperti kampung serta Kuala Lumpur.  Untuk makluman tuan, kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandinganTatabahasa01.05.2014
MAKSUB BADAN BERKANUN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BAGAIMANA HENDAK TULIS BADAN BERKANUN DALAM BAHASA INGGERISBadan Berkanun ialah badan yg ditubuhkan, dibenarkan dsb mengikut statut atau undang-undang tertentu. Dalam bahasa Inggeris Badan Berkanun ditulis sebagai Statutory Body. T.kasih.Lain-lain11.09.2008
12345678910...

Kembali ke atas