Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Governan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. adakah governan boleh diistilahkan sebagai tadbir urus? Ayat: mempraktikkan faktor-faktor governan yang baik dalam program khidmat masyarakat? Perbezaan governan dan tadbir urus apa ya? Kedua ialah program kitar, Ketiga ialah perkembangan program kitar semula, Keempat ialah usaha pengurangan .Adakah betul penggunaan ialah? Ayat: bertambahnya pengantaramukakan antara pihak berkepentingan. Adakah perkataan pengantaramukakan betul?
  1. Istilah yang tepat ialah “tadbir urus”. Berdasarkan data kami, istilah “tadbir urus” merupakan padanan bagi istilah “governance”.
  2. Penggunaan kata pemeri “ialah” pada contoh ayat yang diberikan adalah betul.
  3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan pengantaramukaan yang bermaksud proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dan lain-lain yang berlainan supaya dapat saling berhubung. Namun, istilah ini digunakan khusus dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dalam konteks ayat tersebut, perkataan yang sesuai digunakan ialah campur tangan.
Tatabahasa20.12.2021
Salam. 1. Adakah governan boleh diistilahkan sebagai tadbir urus? Ayat: mempraktikkan faktor-faktor governan yang baik dalam program khidmat masyarakat? Perbezaan governan dan tadbir urus ada beza ke? 3. ayat:bertambahnya pengantaramukakan antara pihak berkepentingan pengantaramukakan wujudkah dalam bahasa melayu.
  1. Istilah yang tepat ialah “tadbir urus”. Berdasarkan data kami, istilah “tadbir urus” merupakan padanan bagi istilah “governance”.
  2. Penggunaan kata pemeri “ialah” pada contoh ayat yang diberikan adalah betul.
  3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan pengantaramukaan yang bermaksud proses menghubungkan dua atau lebih alat, peranti, dan lain-lain yang berlainan supaya dapat saling berhubung. Namun, istilah ini digunakan khusus dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dalam konteks ayat tersebut, perkataan yang sesuai digunakan ialah campur tangan.

Tatabahasa22.12.2021
Wujud istilah ini dalam b.melayu? GovernanSehingga kini masih belum ada lagi istilah governan dalam bahasa Melayu. Yang ada ialah tadbir urus.Istilah15.10.2017
Boleh tahu perkataan bahasa melayu yang betul; governan atau governansKedua-dua istilah tersebut tidak ada dalam bahasa Melayu.  Yang ada ialah tadbir urus.Istilah26.07.2012

Kembali ke atas