Mahmud II (1199 H.–1255 H./1784 M.–1839 M.)
ialah Sultan Mahmud II putera Sultan Abdul Hamid
I, salah seorang sultan kerajaan Uthmaniyyah.
Baginda lahir di Islambul (sekarang digunakan
nama Istanbul) dan menduduki takhta
pemerintahan selepas abangnya, Sultan Mustafa IV
pada tahun 1223 H./1808 M. Namanya dikaitkan
dengan gerakan pembaikan dalaman bagi
menyusun semula kerajaan dan memerangi
gerakan reformasi di Najd yang diketuai oleh Imam
Muhammad ibn Saud dan Muhammad ibn ‘Abd al-
Wahhab lebih-lebih lagi apabila gerakan ini
mampu menggabungkan Hijaz dan Ahsa dalam
Kerajaan Pertama Saudi. Namanya juga dikaitkan
dengan penyusunan tentera Turki dan
menukarkannya kepada sistem ketenteraan yang
teratur. Usaha penyusunan tentera ini selesai pada
tahun 1241 H./1825 M.