Salim III (1175–1223 H./1761–1808 M.), putera
Sultan Mustapha III ibn Sultan Ahmad III. Baginda
merupakan sultan ke-28 dalam salasilah
Kesultanan Kerajaan Uthmaniyyah. Salim III
menduduki takhta menggantikan bapa saudaranya
Sultan Abdul Hamid I pada tahun 1203 H./1789 M.
Sewaktu mengambil alih tampuk pemerintahan,
keadaan negara agak huru-hara sehingga Rusia
dan Austria menguasai kerajaan Uthmaniyyah
sebanyak dua kali, iaitu sekitar tahun 1203 H./1789
M. Rusia juga menguasai bandar al-Hasinah yang
terletak di tepi laut dan sebahagian besar negeri
Aflaq, Baghdan (Molavia) dan Busarabia pada
tahun 1205 H./1791 M. Persengketaan itu berakhir
dengan perdamaian antara kedua-dua negara
tersebut pada tahun 1206 H./1796 M. Akhirnya
Rusia berkuasa di negeri al-Qaram dan
sebahagian negeri Quban, Busarabia dan
beberapa negeri lain. Bandar Otshakov juga
diserahkan melalui Perjanjian Yash.