Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jw buyung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan keenam dlm tahun Masihi yg mengandungi 30 hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg keenam dlm tahun Masihi (terdiri drpd 30 hari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Jun


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JUN UMUM 
KUMBANG JUN

Kumbang Jun yang juga dikenali sebagai

pepijat Jun atau kumbang Mei ialah nama bagi

beberapa kumbang besar berwarna perang yang

sering dilihat di kawasan beriklim sederhana di

Hemisfera Utara pada bulan Mei dan Jun.

UMUM 
TERESHKOVA, VALENTINA VLADIMIROVNA

Tereshkova, Valentina Vladimirovna ,

(1937– ) ialah angkasawan wanita Soviet yang

pertama mengembara ke angkasa lepas.

Tereshkova membuat 45 edaran mengelilingi bumi

dalam penerbangan yang memakan masa selama

70 jam 50 minit dari 16 Jun hingga 19 Jun 1963

dengan kapal angkasa lepas Vostok VI .

UMUM 
PERTEMPURAN WATERLOO

Pertempuran Waterloo yang berlaku pada 18

Jun 1815 ialah pertempuran terakhir bagi Napoleon

Bonaparte, iaitu pemerintah tentera Perancis yang

bijak. Pertempuran ini menamatkan cita-cita tinggi

politiknya untuk memerintah seluruh benua Eropah.

Kekalahannya ini amat teruk, sehingga apabila

seseorang itu mengalami sesuatu kecelakaan atau

kekalahan yang dahsyat, kita akan mengatakan

bahawa orang itu “telah menemui Waterloonya.”

UMUM 
RAMOS, FIDEL VALDEZ

Ramos, Fidel Valdez (1928– ), menjadi

Presiden Filipina pada bulan Jun 1992.

UMUM 
PERANG TUJUH MINGGU

Perang Tujuh Minggu juga dikenali sebagai

Perang Austria-Prussia, berlaku antara bulan Jun

dan Ogos tahun 1866. Austria dan kebanyakan

negeri di Jerman bertempur dengan Prussia dan

Itali. Otto von Bismark, perdana menteri Prussia

menggunakan perang itu sebagai sebahagian

daripada kempennya untuk memaksa tentera

Austria berundur dari Persekutuan Jerman dan

menjadikan Prussia sebagai kuasa mutlak di

Jerman.

UMUM 
ALAMAT LANGKAPURIALAMAT LANGKAPURI, akhbar yang diterbitkan pada 13 Jun 1869 di Colombo, Ceylon oleh Baba Ounus Saldin, yang berasal dari Madura, Indonesia. Dia juga merupakan pengarang dan penerbit akhbar ini.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
DUARTE, JOSÉ NAPOLEON

Duarte, José Napoleon (1926–1990),

mula menjawat jawatan Presiden EI Salvador

yang dipilih pada 1 Jun 1984. Dia berkhidmat

sebagai presiden kerajaan junta tentera dari tahun

1980 hingga tahun 1982.

UMUM 
AWANG HAD SALLEH, TAN SRI

Awang Had Salleh, Tan Sri (1934– ) ialah ahli

akademik, pendidik dan penulis. Dia lahir pada 24

Jun 1934 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada tahun

1951, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris

(MPSI), Tanjong Malim. Apabila tamat, dia menjadi

guru di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar pada

tahun 1954 hingga 1956. Pada tahun 1958 hingga

1959, dia menuntut di Maktab Bahasa, Johor Bharu.

Pada tahun 1961 hingga 1964, dia melanjutkan

pelajarannya ke Universiti Malaya dalam bidang

sastera. Pada tahun 1969, dia menyambung

pelajarannya ke Stanford University, California dan

memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang

pendidikan dan sosiologi.

UMUM 
PERANG KOREA

Perang Korea (1950–1953) ialah perang pertama

yang melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB) dari segi ketenteraan.

Perang Korea bermula pada 25 Jun 1950 apabila

tentera komunis Korea Utara menyerang Korea

Selatan. PBB menganggap pencerobohan itu

suatu pencabulan terhadap keamanan

antarabangsa dan menuntut agar pihak komunis

berundur dari Korea Selatan. Apabila pihak

komunis meneruskan peperangan, PBB meminta

negara-negara anggotanya supaya memberi

bantuan ketenteraan kepada Korea Selatan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas