Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pemberian hormat (peng­hargaan dll): ia mendapat ~ menjadi ketua persidangan; perajurit yg gugur itu dike­bumikan dgn penuh ~; (per)barisan ~ (per)barisan utk menunjukkan hormat (kpd tetamu agung dll); bintang ~ pingat yg dikurniakan sbg pernyataan hormat (kerana jasa dll); (gelar) doktor ~ Id (gelar) doktor kehormat; gapura (pintu gerbang) ~ Id gapura (pintu gerbang) yg didirikan utk me­nyambut orang besar dll; gelar ~ Id gelar sbg pernyataan hormat; 2. tumpuan hormat, (orang) yg dihormati: beliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini; 3. Id yg dilantik kerana menghormati, kehormat; anggota ~ ahli kehormat; ketua ~ ketua kehormat; 4. kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggi­an: Majlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan perkara yg bersangkut dgn kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja; dia sekarang mengejar ~; 5. nama baik, harga diri: mempertahankan nyawa dan ~; ~ diri kemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang; 6. kemurnian, kesucian (wanita): apabila seorang pemuda menceroboh ma­suk ke dlm tempat tidur seorang gadis dgn niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 pemberian kerana menghargai jasa seseorang; penghargaan: Sbg menghargai jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dikuniai ~ “Order of Merit” oleh Raja Inggeris dlm tahun 1907. 2 nama baik atau harga diri seseorang: menjaga ~ diri. 3 kebesaran atau kemuliaan raja-raja dll: ~ Raja-Raja Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,

Peribahasa

Jangan memijak benang arang orang.

Bermaksud :

Jangan mencabul kehormatan rumah tangga orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perbezaan "Perbarisan Kehormatan" dengan "perbarisan kehormat"Untuk makluman, kehormatan bermaksud untuk menghormati kedatangan orang besar. Manakala, kehormat pula bermaksud orang yang dihormati dalam majlis dan sebagainya. Penggunaan frasa yang tepat ialah Perbarisan Kehormatan. Sungguhpun begitu, frasa Perbarisan Kehormat  juga banyak digunakan terutamanya oleh media-media masa hari ini. Makna17.08.2016
Memberi kehormatan atau memberi penghormatan? Atau kedua-duanya sama makna?Salam sejahtera,

Tuan,

Kehormatan bermaksud pemberian hormat atau pemberian kerana menghargai jasa seseorang.

Penghormatan pula bermaksud perihal atau perbuatan meng­­hormati.

Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Istilah28.02.2018
Saudara Pengarang, saya menghadapi masalah tentang penggunaan perkataan2 berikut: mencabuli: dan memperoleh Dalam ayat2 berikut, yang manakah betul dari segi tatabahasa: Orang asing itu mencabuli kehormatan gadis itu. Orangasing itu mencabul kehormatan gadis itu. Dia telah memperoleh buku itu daripada Perpustakaan. Sila beri satu contoh ayat untuk menggunakan perkataan "memperolehi" Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka berterusan. Adakah ayat di atas betul? Sekian, terima kasih. Peter JohnsonAyat yang betul ialah i. Orang asing itu mencabul kehormatan gadis itu. ii. Dia telah memperoleh(daripada beroleh, tidak ada bentuk perolehi) buku itu daripada perpustakaan. iii. Pegawai awam dikehendaki menambahbaikkan prestasi mereka secara berterusan. Tatabahasa12.05.2008
saya hendak tanya pengertian kehormatan diri dan kasih sayang menurut kamus dewan bahasa.saya harap jawapannya dapat diberikan kepada saya secepat yang mungkin.terima kasihKamus tidak memberi makna sesuatu frasa atau ayat, yang ada hanyalah makna untuk satu-satu perkataan, simpulan bahasa dan peribahasa.Apa yang boleh kami bantu ialah memberi makna untuk setiap perkataan dalam ayat yang diberi; kehormatan bermaksud kebesaran/kemegahan/kemuliaan, diri bermaksud empunya badan, kasih sayang bermaksud cinta kasih/belas kasihan  Makna23.06.2008
Saya Fateehah mat-adam Saya belajar bahasa dan Saya ingin bertanya tentang bahasa Apakah makna KeharmatanTiada maklumat berkaitan perkataan keharmatan dalam data kami. Walau bagaimanapun terdapat perkataan yang hampir dengan perkataan tersebut iaitu kehormatan yang bermaksud pemberian kerana menghargai jasa seseorang; penghargaan: Sebagai menghargai jasanya yang besar itu, Florence Nightingale telah dikuniai ~ Order of Merit oleh Raja Inggeris dalam tahun 1907. 2 nama baik atau harga diri seseorang: menjaga ~ diri. 3 kebesaran atau kemuliaan raja-raja dan lain-lainl: ~ Raja-Raja Melayu. Untuk maklumat lanjut, sila layari KEHORMATAN">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=KEHORMATANMakna09.11.2015
Ayat manakah yang betul? Memeriksa barisan kehormat atau barisan kehormatan?Frasa yang betul ialah "memeriksa barisan kehormat".Tatabahasa22.02.2015
maruah.... apa itu maruah... ego??? apa itu ego....Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maruah bermaksud kehormatan (diri), harga diri. Maruah juga membawa maksud sifat laki-laki, keberanian, kegagahan; bermaruah mempunyai maruah. Manakala ego bermaksud persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.Tatabahasa25.07.2012
Apa beza bahasa dalam, bahasa halus, bahasa istana dan, bahasa bangsawan ?Bahasa dalam ialah bahasa kehormatan (bahasa yg dipakai di istana); bahasa halus ialah bahasa atau perkataan lain yg lebih lembut yg digunakan utk menggantikan perkataan yg dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis meninggal dunia utk menggantikan perkataan mati dsb); bahasa istana ialah bahasa yang digunakan di istana dan digunakan oleh kerabat diraja/golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran, dan sebagainya, manakala bahasa bangsawan pula ialah bahasa yang digunakan bagi kelas-kelas masyarakat yang berbudi halus. Istilah31.08.2009
definisi perkataan "kemuliaan", "kesederhanaan", "nilai", "etika" dan "tonggak"Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kemualiaan bermaksud perihal mulia, kebesaran, kehormatan, keluhuran. Makna kesederhanaan pula ialah perihal sederhana (sedang, pertengahan). Nilai pula bermaksud taksiran, kadar, nisbah. Etika bermakna ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, manakala makna tonggak ialah 1. kayu yang panjang dan dipasang tegak, 2. tiang rumah, 3. ukuran jauh yang bersamaa dengan 4901 kaki atau 1500 meter. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna04.09.2008
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bagi perkataan Sovereign Parade?Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

Sovereign Parade - Perbarisan Kehormatan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain30.12.2021
12

Kembali ke atas