Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pemberian hormat (peng­hargaan dll): ia mendapat ~ menjadi ketua persidangan; perajurit yg gugur itu dike­bumikan dgn penuh ~; (per)barisan ~ (per)barisan utk menunjukkan hormat (kpd tetamu agung dll); bintang ~ pingat yg dikurniakan sbg pernyataan hormat (kerana jasa dll); (gelar) doktor ~ Id (gelar) doktor kehormat; gapura (pintu gerbang) ~ Id gapura (pintu gerbang) yg didirikan utk me­nyambut orang besar dll; gelar ~ Id gelar sbg pernyataan hormat; 2. tumpuan hormat, (orang) yg dihormati: beliaulah ~ penduduk-penduduk di daerah ini; 3. Id yg dilantik kerana menghormati, kehormat; anggota ~ ahli kehormat; ketua ~ ketua kehormat; 4. kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggi­an: Majlis Raja-Raja bersidang kerana membincangkan perkara yg bersangkut dgn kebesaran, ~ dan kedudukan raja-raja; dia sekarang mengejar ~; 5. nama baik, harga diri: mempertahankan nyawa dan ~; ~ diri kemuliaan (kemegahan) atau nama baik diri seseorang; 6. kemurnian, kesucian (wanita): apabila seorang pemuda menceroboh ma­suk ke dlm tempat tidur seorang gadis dgn niat hendak mencabul ~nya, ia akan didenda 22 rial; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 pemberian kerana menghargai jasa seseorang; penghargaan: Sbg menghargai jasanya yg besar itu, Florence Nightingale telah dikuniai ~ “Order of Merit” oleh Raja Inggeris dlm tahun 1907. 2 nama baik atau harga diri seseorang: menjaga ~ diri. 3 kebesaran atau kemuliaan raja-raja dll: ~ Raja-Raja Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,

Peribahasa

Jangan memijak benang arang orang.

Bermaksud :

Jangan mencabul kehormatan rumah tangga orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kehormatan hak-hak manusia menurut IslamDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1992983-62-1683-9
Kehormatan hak-hak manusia menurut IslamDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1990983-62-1683-9
Bintang Kehormatan Di RajaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Atas nama kehormatanMusthofi PressTiada2006978-979-3064-78-9
Darjah-darjah kebesaran dan bintang-bintang kehormatan Persekutuan serta cara memakainya [taipskrip] Tiada1976 
Buku Panduan: Darjah Kebesaran Dan Bintang Kehormatan Negeri Sabah serta Cara dan Peraturan MemakainyaJabatan Sejarah Universiti MalayaTiada1997Tiada Maklumat
Buku Panduan Darjah Kebesaran dan Bbintang Kehormatan Negeri Sabah Serta Cara Dan Peraturan MemakainyaJabatan Ketua MenteriTiada1997 
Darjah-darjah kebesaran dan bintang-bintang kehormatan persekutuan serta cara memakainyaDewan Bahasa dan PustakaTiada1978 
Universitas Indonesia: Pidato Pemberian Gelar Akademik Doktor KehormatanDewan Bahasa dan PustakaTiada1984 
Kulit buku (darjah-darjah kebesaran dan bintang-bintang kehormatan persekutuan serta cara-cara memakainyaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
12

Kembali ke atas