Kes Chamberlain yang melibatkan kehilangan
seorang bayi perempuan Australia berumur
sembilan minggu pada tahun 1980-an, telah
menarik perhatian seluruh dunia. Pada 17 Ogos
1980, Azaria Chamberlain, anak perempuan Alice
Lynne (Lindy) Chamberlain dan suaminya, Michael,
seorang Pastor Gereja The Seventh Day Adventist,
telah hilang dari sebuah khemah di Ayers Rock,
Australia. Dalam satu inkues pada bulan Februari
1981, koroner memutuskan bahawa bayi itu, yang
tidak pernah dijumpai, telah mati apabila diterkam
dan dibawa lari oleh seekor dingo liar.