Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kebitaraan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1Bahasa, 1. Adakah tajuk yang berikut betul atau salah? PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI KEBITARAAN SEKOLAH. 2. PERTANDINGAN KEBITARAAN SEKOLAH PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI. Mohon pandangan dan cadangan tuan. Terima kasih.Salam 1Bahasa, 1. Adakah tajuk yang berikut betul atau salah? PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI KEBITARAAN SEKOLAH. 2. PERTANDINGAN KEBITARAAN SEKOLAH PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI. Mohon pandangan dan cadangan tuan. Terima kasih.
Tidak jelas maksud BERDOMENTARI dalam tajuk pertandingan yang ditanya.  Namun jika pertandingan pengucapan awam ini tentang kebitaraan sekolah secara dokumentari tajuk yang betul ialah PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM KEBITARAAN SEKOLAH BERDOKUMENTARI.
Tatabahasa31.12.2013
Salam Tuan/Puan. "Kebitaraan daerah...", adakah maksud kebitaraan adalah niche? Sekian, terima kasih.Kebitaraan bermaksud hal keadaan tiada taranya itu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/artikel yang berkaitan.Makna03.12.2016
Mohon semakan makna dan kata seerti bagi "kebitaraan"?. Contoh ayat diterima adalah tajuk surat "memohon sumbangan kewangan bagi pembiayaan kebitaraan sofbol".Bitara bermaksud tiada tara, tiada contoh penggunaan perkataan kebitaraan dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanapun mengambil konsep makna kata terbitan daripada apitan ke-...-an dengan kata dasar membawa maksud perihal bitara. Penggunaan kebitaraan dalam konteks ayat tersebut kurang tepat.Makna15.05.2017
Apakah yang dimaksudkan dengan bitara, nilai-nilai bitara dan kebitaraan.Bitara bermaksud tiada taranya atau hanya satu-satunya. Kebitaraan bermaksud hal keadaan tiada taranya itu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/artikel yang berkaitan.Makna15.04.2011
Salam, apakah terjemahan bagi "Kebitaraan Sekolah" dalam bahasa Inggeris?Pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan bahasa Melayu ke bahasa asing. Namun begitu, kami boleh membantu mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai jika diberikan konteks dan makna perkataan.Lain-lain20.05.2020
Encik, Apakah maksud perkataan 'kebitaraan'? Terima kasih.Cadangan kami ialah unik atau tiada bandingannya. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bitara bermakna satu-satunya dan tiada taranya.Tatabahasa17.02.2009

Kembali ke atas