Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sehari sebelum hari ini, semalam: hari ini hari Khamis, ~ hari Rabu; 2. dua hari sebelum hari ini, sehari sebelum semalam: hari ini hari Khamis, jadi ~ hari Selasa; 3. beberapa hari (minggu) yg lepas: dia sedang dirawat di rumah sakit kerana dilanggar kereta ~; ~ dulu Kd, Pn dua hari sebelum hari ini; ~ dulu balik sana Kd tiga hari sebelum hari ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 dua hari sebelum hari ini: Hari ini hari Khamis, jadi ~ hari Selasa. 2 hari sebelum hari ini. 3 beberapa hari yg lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kelmarin
Rujuk :semalam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan :Ibu melahirkan seorang anak kelmarin. Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul atau Salah] Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin.[Betul atau Salah] Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul atau Salah] Jika salah, tolong berikan penjelasan. Terima kasih.Ibu melahirkan seorang anak kelmarin.
Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul]
Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] - Penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] Penggunaan perkataan "terlahir" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Tatabahasa24.10.2015
Ibu melahirkan seorang anak kelmarin. Adakah ayat songsang berikut betul? (a)Seorang anak kelmarin ibu melahirkan.Seorang anak kelmarin ibu melahirkan. Ayat songsang ini betul.Tatabahasa03.11.2015
Perbezaan semalam dengan kelmarin. Mohon penjelasan. T.kasih

Saudara Zulkifli,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kelmarin bermaksud sehari sebelum hari ini, semalam.

 Perkataan semalam bermaksud 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari sebelum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi berkelah ke Port Dickson;

 Oleh yang demikian, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama.

Makna05.08.2009
Apakah kelas kata bagi "kelmarin dulu"?Kelas kata bagi "kelmarin dulu" ialah adverba.Tatabahasa07.02.2015
Hello Khidmat Nasihat DBP, Ayat yang mana satu menggunakan kata 'pasar raya' dengan tepat? 1. Saya menemani ibu pergi ke PASAR RAYA petang kelmarin. 2. Saya menemani ibu pergi ke PASARAYA Parkson petang kelmarin. Saya juga ingin mengetahui apakah kata asal (bukan kata pinjaman) bahasa Melayu Terima kasih1. Saya menemani ibu pergi ke pasar raya petang kelmarin. Tidak ada maklumat sahih tentang perkataan asal bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku/makalah yang berkaitan dengan sejarah bahasa Melayu.Tatabahasa08.03.2012
Merujuk TD Edisi Ketiga m/s 481 . Contoh ayat 222. (a) Murid nakal itu kena rotan kelmarin. (b) Kena rotan murid nakal itu kelmarin. Contoh ayat (b) yang mendepankan predikat ' kena rotan' hanya sesuai dikatakan pendepanan frasa kerja, bukanlah pendepanan kata kerja dengan objek. Berikan pandangan tuan.Pihak kami akan membawa cadangan/pandangan ini kepada panel penulis buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.Lain-lain25.03.2010
saya telah menggunapaki pemahaman saya sendir bahawa dalam bahasa melayu 'semalam' dan 'kelmarin' itu merujuk kepada maksud yang sama. pohon pihak tuan jelaskan sama ada pemahaman saya ini betul atau salah. terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, semalam dan kelmarin merujuk perkara yang sama, iaitu hari sebelum hari ini.Istilah03.08.2009
Apakah kata pengganti nama bagi barang. misalnya; Saya sukan akan basikal ini. Ia saya beli kelmarin. Betulkah penggunaan "Ia" itu?Perkataan "ia" merupakan kata ganti nama orang ketiga, sama seperti "dia", "mereka" dan "-nya". Tiada kata ganti nama bagi barang. Dalam ayat tersebut perkataan "ia" digantikan dengan pengulangan perkataan basikal. Contoh: 1) Saya suka akan basikal itu. Basikal itu saya beli kelmarin. 2) Saya sukakan basikal yang saya beli kelmarin.Tatabahasa06.12.2006
1:20 AM Selamat pagi. Saya terdapat kemusykilan dalam ayat aktif, ayat pasif dan ayat songsang. Sila rujuk file yang saya muat naik. Terima kasihSelamat pagi,

Soalan yang diberikan hampir serupa. Sehubungan dengan itu, hanya satu contoh diberikan untuk rujukan tuan/puan kerana konsepnya sama. Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan.

Untuk makluman,  Ayat songsang ialah predikat mendahului subjek. Manakala, ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Contoh ayat:

Ibu melahirkan seorang anak kelmarin.
Ayat Songsang Melahirkan seorang anak kelmarin ibu. [Betul]
Ayat Songsang Kelmarin ibu melahirkan seorang anak. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak dilahirkan oleh ibu kelmarin. [Betul]
Ayat Pasif Seorang anak kena lahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] - Penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Ayat Pasif Seorang anak terlahirkan oleh ibu kelmarin. [Salah] Penggunaan perkataan "terlahir" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. 
Tatabahasa24.10.2015
Asssalamualaikum.minta kepastian tentang golongan kata utk pkataan kelmarin, semalam, pagi, petang sama ada kata adjektif atau kata nama.tkasihPerkataan tersebut merujuk kepada Kata Nama.Tatabahasa02.04.2015
123

Kembali ke atas