Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kerap atau selalu melintas, sibuk (ke sana ke mari): kebersihan kedai tuan akan menarik perhatian orang yg ~ di hadapan kedai tuan; 2. perihal pergi balik (perjalanan) orang atau kenderaan dll melalui jalan: kami menyangka itu hanya kemalangan ~; kesesakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pergerakan) kenderaan di jalan raya dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kerap atau selalu melintas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LALU LINTAS UMUM 
SIREN

Siren ialah alat yang digunakan untuk

membunyikan isyarat amaran. Ambulans, kereta

bomba, dan kereta polis menggunakan siren untuk

memberitahu lalu lintas supaya memberi jalan.

Siren yang dikenali sebagai hon kabut digunakan

pada rumah api dan kapal untuk memberi amaran

kepada kapal-kapal lain semasa cuaca berkabut

dan cuaca buruk. Siren juga digunakan sebagai

amaran serangan udara.

UMUM 
TASIK ONTARIO

Tasik Ontario ialah tasik yang terkecil dan yang

paling ke timur daripada lima Tasik-tasik Besar di

Amerika Utara. Ia merupakan hubungan penting

dalam sistem Jalan Air St. Lawrence. Walaupun Tasik

Ontario terbuka kepada kapal besar sepanjang

tahun, namun ia mempunyai kurang lalu lintas,

berbanding Tasik-tasik Besar yang lain.

UMUM 
STRES

Stres ialah keadaan yang berlaku pada badan

kerana bergerak balas terhadap kesukaran, yang

sebenar atau yang dijangka dalam kehidupan. Kita

sering mengalami stres akibat peristiwa besar

dalam kehidupan kita seperti kematian, perceraian,

atau kehilangan pekerjaan. Stres juga boleh

berlaku kerana bergerak balas terhadap masalah

harian seperti memandu dalam keadaan lalu lintas

yang sesak atau didesak oleh seseorang. Di

samping itu, kita mungkin mengalami stres apabila

kita nampak sesuatu ancaman terhadap kita.

Umpamanya, seseorang yang berasa tidak dapat

menangani sesuatu cabaran dengan berkesan

mungkin mengalami stres.

UMUM 
POLIS

Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan

undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas

mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi

nyawa serta harta benda orang awam dalam

sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki

dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam

pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan

tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu

menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai.

Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya

berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali

dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan,

mencari orang yang dilaporkan hilang atau

membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa

banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka

menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan

penjagaan kepada mangsa-mangsa.

UMUM 
TEROWONG PELABUHAN SYDNEY

Terowong Pelabuhan Sydney , di New South

Wales , Australia, ialah jalan perhubungan empat

hala sepanjang 2.3 kilometer antara lebuh raya ke

utara dengan selatan Pelabuhan Sydney. Projek

tersebut yang dibiayai bersama oleh sebuah

syarikat Australia dan sebuah syarikat Jepun,

termasuk tiub bawah aras laut sepanjang 960 meter

melintasi pelabuhan, yang dipasang pada lurah

yang dibina di dasar laut. Tiub tersebut terdiri

daripada lapan bahagian. Setiap bahagian ialah

sepanjang 120 meter dan seberat 23 000 tan metrik.

Terowong ini dibuka kepada lalu lintas pada bulan

Ogos 1992.

UMUM 
PASAI

PASAI, kerajaan Islam yang agung pada abad ke-9 M.  Kerajaan Pasai juga dikenal sebagai kerajaan Samudera-Pasai.  Pasai terIetak di kawasan pantai utara Aceh, Sumatera, Indonesia. Kedudukan Pasai agak istimewa kerana terletak di kawasan lalu lintas para pedagang yang datang dari Timur dan Barat.  Para pedagang yang terlibat dalam kegiatan perdagangan di Pasai termasuklah dari Asia Barat, Parsi, India, China dan Kepulauan Melayu.  Antara pedagang ini terutama yang datang dari Asia Barat dan India ada pula golongan mubaligh yang bertujuan menyebarkan agama Islam.  Menerusi golongan mubaligh ini Islam tersebar di Pasai sejak abad ke-9 M.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MOTOSIKAL

Motosikal, juga dikenali sebagai motor ialah

kenderaan yang beroda dua atau tiga, berkuasa

enjin petrol yang dipasang di bahagian tengah

antara roda depan dan roda belakang. Motosikal

mempunyai rangka yang lebih berat dan kuat

daripada basikal iaitu kenderaan yang menjadi asas

penciptaannya. Manusia di merata pelosok dunia

menggunakan motosikal sebagai pengangkutan

atau menunggangnya sebagai aktiviti sukan dan

rekreasi. Di seluruh dunia, polis menggunakan

motosikal dalam usaha mengejar dan mengawal

trafik kerana kenderaan tersebut boleh

dikendalikan dengan mudah di celah-celah lalu

lintas. Di Amerika Syarikat, sesetengah pasukan

bomba menggunakan motosikal untuk membawa

kakitangan perubatan ke tempat kemalangan. Di

bandar-bandar besar di United Kingdom dan di

tempat-tempat lain, motosikal digunakan untuk

menghantar dokumen dan bungkusan kecil.

UMUM 

Kembali ke atas