Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. menempuh sesuatu yg ber­tentangan arahnya (ketika belayar menen­tang arus air dll): pelayarannya tiada berapa laju sebab ~ angin barat; menyeberang lautan ~ gelombang; 2. menyambut ke­datangan orang (tetamu dll), mengalu-alukan: budak-budak berkejaran ke pintu jalan ~ bapanya balik dr kerja; 3. melawan (utk membasmi), menentang; 4. menyambut (hari jadi, hari raya, dll) dgn perayaan; 5. mem­bayar ganti rugi, menyilih; 6. memenuhi (harapan dll); 7. mengembalikan wang yg berlebih; 8. pergi (ke), datang: tak malukah abang ~ ke tempat yg lengang sepi ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 maju menghadapi atau menempuh sesuatu yg bertentangan arahnya: Be­layar ~ angin. 2 menyambut ke­datangan orang; mengalu-alukan: Ba­nyak pegawai kerajaan yg pergi ~ kepulangan baginda di lapangan terbang. 3 mengembalikan wang yg berlebih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
songsong
Kata Terbitan : bersongsong, menyongsong,

Puisi
 

Tuan belayar menyongsong arus,
     Dapat bunga tiga sekaki;
Kalau tak dapat perempuan kurus,
     Tidak puas rasanya hati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagai kuau mengigal (= menyesar).

Bermaksud :

Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai kucing main daun, b. Bagai tupai bergelut, c. Seperti elang menyongsong angin). kuau = sejenis burung; menyesar = menguak.

 

Lihat selanjutnya...(3)