Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
minimum (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan terendah, serendah-rendahnya, paling rendah, terkecil, sekecil-kecilnya, paling kecil, sekurang-kurangnya, paling kurang, terkurang;.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ini ialah soalan pt3 dan arahannya ialah untuk mengenal pasti satu kesalahan ejaan. soalan:Pihak pengurusan syarikat itu bersetuju untuk menggajikan pekerja baharunya dengan gaji minima sebanyak RM900 sebulan jawapan cikgu saya bagi ialah minima harus ditukar kepada minimum tetapi bila saya lihat kamus dewan minima sama maksud dengan minimum apa perbezaannya?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat entri minima diletakkan tanda anak panah dan di hadapannya minimum. Ini bermakna pengguna diminta melihat perkataan di hadapannnya, iaitu minimum, bukanlah minima itu maksudnya minimum. Oleh itu, perkataan yang betul ialah minimum.Tatabahasa29.06.2014
Minimum atau minima yang betul?Ejaan yang betul ialah minimum.Ejaan27.08.2014
Mana satu betul? minima atau minimum? Terima kasihYang betul ialah minimum yang membawa maksud; (bilangan, banyak, dan lain-lain) yang terkecil atau sedikit sekali.Istilah13.05.2016
Yang mana satu betul Minima atau Minimum ?

Yang betul ialah minimum yang membawa maksud; (bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali.

Makna03.07.2009
Yang manakah ejaannya adalah betul? "Maksima" atau "Maksimum"? "Minima" atau "Minimum"?Ejaan yang betul ialah maksimum dan minimum.Ejaan19.07.2016
Salam. Saya nak tanya, adakah minima dan maksima sistem ejaan lama?

Ya. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat entri “minima” dan “maksima” disertakan dengan tanda anak panah sebagai rujuk silang yang bererti “minima lihat minimum”  dan “maksima lihat maksimum”. Ejaan “minimum” dan “maksimum” ialah ejaan baharu yang standard.  


Ejaan20.07.2021
Istilah minimum dalam Bahasa Melayu/Malaysia adalah mimima atau minimum? Mana yang betul?

Saudara/Saudari,

Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman, buat masa sekarang, kata minima sudah tidak digunakan lagi dan diganti dengan kata minimum.

Istilah06.09.2012
Penyemakan struktur ayat: "Sumbangan modal minima RM500 untuk setiap projek." Sila berikan pendapat tentang struktur ayat tersebut.Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman, buat masa sekarang, kata minima sudah tidak digunakan lagi dan diganti dengan kata minimum. Selain itu, ayat yang dikemukakan juga tergantung dan tidak lengkap. Terima kasih.Lain-lain09.11.2006
Minta tolong semak susunan perkataan di bawah adakah betul:- 1. Disyorkan agar mengecat satu lapisan dasar, diikuti minima dua lapisan cat Dulux. (atau "diikuti dua lapisan minima cat Dulux) 2. Jika terkena mata, bilas segera dengan banyak air (atau "air yang banyak" dan dapatkan nasihat perubatan. Harap pihak tuan / puan boleh memberi nasihat / cadangan secepat mungkin. Sekian, James

1.  Disyorkan pengguna mengecat satu lapisan dasar, diikuti dua lapisan minimum cat Dulux 

2.  Jika terkena mata, bilas segera dengan air yang banyak dan dapatkan nasihat perubatan.

Tatabahasa05.04.2019
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan perabot adalah perabot bukannya perabut? Kenapa ejaan tose bukannya tosai? Kenapa ejaan telefon bukannya talipon? Kenapa ejaan bumiputra bukannya bumiputra? Kenapa ejaan Insya-Allah ada sempang, bukannya Insyallah? Kenapa ejaan yang betul spageti bukannya spagheti? Kenapa ejaan stoking, bukannya stokin? Kenapa ejaan yang betul adalah catat, bukannya catit? Kenapa ejaan yang betul adalah maksimum bukannya maksima? Kenapa ejaan minimum adalah minimum, bukannya minima? Kenapa ejaan pelancaran digugurkan huruf ‘r’ perlancaran? Kenapa ejaan yang betul adalah cap, bukannya cop? Sekian terima kasih.
Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Puan boleh merujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman, terbitan DBP. Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang pengenalan sistem ejaan bahasa Melayu pada Bahagian Satu  Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Perkataan yang betul ialah pelancaran hasil daripada kata kerja melancarkan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lebih lanjut. 
Tatabahasa16.07.2021

Kembali ke atas