Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : disebabkan oleh, kerana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,

Puisi
 

Sapu tangan jari berkelur,
     Oleh membeli di kedai Cina;
Suka di tangan kerana seekor,
     Suka di hati bawa merana.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Pasang pelita dilanggar tikus.

Bermaksud :

Kegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, Saya keliru dengan penggunaan 'oleh sebab' dan 'oleh kerana'. Dalam bahagian Khidmat Nasihat, penggunaan 'oleh kerana' adalah salah. Tetapi mengapa dalam bahagian Kamus Melayu, dinyatakan definisi bagi 'oleh kerana'? Mohon pencerahan. Terima kasih.Bentuk “oleh kerana” tidak pernah diterima oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai bentuk yang gramatis. Jawapan yang betul ialah “oleh sebab”. Perkataan “oleh kerana”  dirakamkan di dalam Kamus Dewan kerana bersesuaian dengan fungsi Kamus Dewan yang berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat. Namun begitu, tidak semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.  DBP menjadikan Tatabahasa Dewan sebagai pegangan berkaitan nahu bahasa Melayu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284 untuk mendapatkan maklumat lengkap berkenaan perkara ini.Tatabahasa20.01.2022
Adakah penggunaan "oleh kerana" dalam ayat berikut adalah betul: Oleh kerana itu pihak tuan dikehendaki mengemukakan dokumen tersebut.Frasa yang betul ialah oleh sebab. Hal ini demikian kerana oleh ialah kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan.  Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah.Tatabahasa04.12.2012
Apakah perbezaan antara oleh sebab itu dan oleh kerana itu?Selain itu, dalam ayat apakah oleh kerana itu digunakan?Oleh merupakan kata sendi dan kata yang mengikutinya hendaklah kata nama. iatu sebab, manakala kerana ialah kata keterangan dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh.Tatabahasa19.08.2022
Salam, frasa "oleh kerana" dikatakan tidak gramatis. Adakah alternatif lain? Terima kasih
Penggunaan "oleh" yang diikuti dengan "kerana" dalam ungkapan "oleh kerana" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sepatutnya bentuk yang betul ialah "oleh sebab". Ini disebabkan "oleh" merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan "kerana" bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284
Makna07.08.2023
oleh kerana atau oleh sebab?Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. Ini disebabkan oleh merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284.Tatabahasa17.10.2013
apakah perbezaan perkataan oleh sebab dan oleh kerana? adakah penggunaan oleh sebab boleh digunakan'Oleh' merupakan kata sendi dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat ia diikuti oleh kata nama. 'Kerana' juga merupakan kata sendi. 'Sebab' ialah kata nama. Oleh itu, frasa yang betul ialah 'oleh sebab' dan bukan 'oleh kerana'.Tatabahasa12.12.2013
Contoh penulisan dalam buku: Oleh kerana penyakitnya semakin teruk, Aina terus berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dibuat, Aina bertanya pada Doktor Mansor, "Kenapa dengan saya Doktor? Adakah penyakit saya ini serius?" Soalan saya: Doktor yang merujuk Doktor Mansor itu perlu ditulis menggunakan huruf besar atau tidak?

Salam sejahtera,

Menerusi ayat yang dikemukakan oleh saudari, nama Doktor Mansor dalam ayat perlu ditulis dalam singkatan  iaitu 'Dr.' Ayat: Oleh kerana penyakitnya semakin serius, Aina segera berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dilakukan, Aina bertanya kepada Dr. Mansor, "Kenapa dengan saya doktor? Adakah penyakit saya ini serius?." 

Untuk ayat 'Kenapa dengan saya doktor?' perkataan doktor ditulis dengan huruf kecil.

Tatabahasa23.10.2012
Assalamualaikum. Mana yang betul penggunaanya; oleh kerana atau oleh sebabUngkapan yang betul ialah oleh sebab. Ini disebabkan oleh merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284.Tatabahasa10.07.2014
penggunaan oleh sebab dan oleh kerana bahaimana membezakannya.Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. Ini disebabkan oleh merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan oleh kerana untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284.Tatabahasa02.08.2010
Harap dapat memberi penjelasan mengapa "oleh kerana itu" tidak digunakan dalam penulisan. terima kasih"Oleh" merupakan kata sendi nama dan mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu, apabila digunakan dalam frasa atau ayat ia diikuti oleh kata nama, dan "kerana" juga merupakan kata sendi nama. Oleh itu, frasa yang "oleh kerana itu" salah dan frasa yang betul ialah "oleh sebab" kerana ialah kata nama yang boleh hadir selepas kata sendi nama "oleh".Tatabahasa20.05.2012
12345678910...

Kembali ke atas