Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Organisation


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INTERNATIONAL CIVIL AVIATION ORGANISATION (ICAO) UMUM 
SHAW, RUNME

Shaw, Runme (1901–1985) ialah penerbit filem

China yang mengetuai Shaw Brothers

Organisation. Syarikat ini memiliki banyak studio

filem di Hong Kong, dan 140 buah pawagam di

Asia Tenggara.

UMUM 
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO)

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

(UMNO), parti politik. UMNO ialah singkatan bagi

United Malays National Organisation atau

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

(PEKEMBAR). Ia adalah parti politik yang paling lama

hayatnya dan yang terbesar di Malaysia. Ia

membentuk kerajaan sejak tahun 1955 sehingga kini,

bersama-sama dengan parti-parti lain.

UMUM 
UMNOUMNO, parti politik.  UMNO ialah singkatan bagi United Malays National Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).  Ia adalah parti politik yang paling lama hayatnya dan yang terbesar di Malaysia.  Ia membentuk kerajaan sejak tahun 1955 sehingga kini, bersama-sama dengan parti-parti lain.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
USNO

USNO, parti politik.  USNO ialah singkatan United Sabah National Organisation.  Parti ini ditubuhkan pada 23 Disember 1961 hasil gabungan beberapa persatuan di Sabah.  Antara persatuan yang bergabung membentuk USNO ialah Persatuan Islam Sabah (PIS), Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Pergaulan Anak Negeri Sandakan.  Kemunculan USNO adalah hasil daya usaha Datu Mustapha Datu Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah.  Antara pengasasnya ialah Dato’ Haji Zakaria Gun, Dato’ Ahmad Mahmud, Haji Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Dato’ Haji Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Dato’ Othman Haji Sidik dan Datu K.M. Edinin.  Semenjak penubuhannya USNO diterajui oleh Datu Mustapha.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
POLITEKNIK UNGKU OMARPOLITEKNIK UNGKU OMAR, institusi pendidikan yang melatih lulusan sekolah menengah menjadi tenaga separa profesional pada peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai bidang kejuruteraan, teknologi dan perdagangan. Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan bantuan United Nation of Educations Science and Culture Organisation (UNESCO). Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperoleh daripada United Nation Development Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan politeknik yang pertama di Malaysia di kawasan seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh, Perak.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PARTI PERIKATAN SABAH

PARTI PERIKATAN SABAH, parti politik.  Parti Perikatan Sabah merupakan gabungan empat buah parti politik yang terdiri daripada United Pasok Momogun Kadazan Organisation (UPKO) yang mewakili bumiputera bukan Islam iaitu kaum Dusun-Kadazan dan Murut; Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang mewakili bumiputera Islam iaitu kaum Bajau, Suluk, Brunei, Iranun dan Bisaya; Sabah Chinese Association (SCA) yang mewakili kaum Cina dan Sabah Indian Community (SIC) yang mewakili kaum India. Parti ini didaftarkan pada 13 November 1962.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas