Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Pada badan

Peribahasa

Tidak ada orang menggaruk keluar badan.

Bermaksud :

Biasanya kalau ada perselisihan orang berpihak pada kaum keluarganya (partinya dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah nama untuk kain yang melilit pada badan pemenang ratu cantik? Kain tersebut kadangkala digunakan untuk menyatakan nama negara bagi ratu cantik tersebut. Kalau tak silap saya, perkataan itu bermula dengan huruf 's'Selempang.Lain-lain03.03.2017
Assalamualaikum Tuan, Saya masih keliru dengan penggunaan akhiran "kan". Contoh ayat: 1 Asam jawa diramaskan (atau diramas?) dengan air dan dilumurkan (dilumu?) pada badan.... 2 Asam jawa dicampurkan (atau dicampur?) dengan daun rambutan ..... 3 Tiga sudu besarr asam jawa direbus (atau direbuskan?) bersama-sama ....

Daripada contoh ayat yang diberikan, penggunaan kata kerja yang betul ialah:

  1. diramas
  2. dilumur
  3. dicampurkan
  4. direbus
Tatabahasa24.12.2018
Salam sejahtera. Saya sedang mancari terjemahan istilah "capacity building" atau "capacity development" yang sering kali digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, badan-badan kementerian mahupun organisasi-organisasi secara amnya. Saya sedang menggunakan istilah "pembangunan keupayaan" buat masa ini sehinggalah saya menjumpai istilah yang lebih baik. Terima kasih atas maklum balas tuan.Istilah "capacity building" atau "capacity development" boleh diterjemahkan sebagai "pembinaan keupayaan", "pembinaan kapasiti", "pembangunan kapasiti" atau "pembangunan keupayaan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah18.05.2022
di seluruh badan atau pada seluruh badan

Penggunaan kata sendi nama “di” dan “pada” adalah betul bagi ayat di atas.  Kedua-dua kata sendi nama  tersebut boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Untuk soalan yang akan datang, sila kemukakan ayat yang lengkap bagi memudahkan kami memberikan jawapan.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP. 2014), halaman 265 dan 274.

Tatabahasa20.10.2023
ayat yang mana betul 1- Dia menyandarkan badannya pada dinding @ Dia menyandarkan badan pada dinding. 2-Dia terpaku seketika @ Seketika dia terpaku 3-Rani meluruskan kakinya @ Rani meluruskan kaki. Terima kasih atas bantuan pihak tuanKetiga-tiga ayat tersebut betul.Tatabahasa04.05.2013
Panaskan badan dan fokus di / pada bahagian kaki?Panaskan badan dan fokus pada bahagian kaki.Tatabahasa18.04.2012
Tuan, saya hendak mengemukakan satu kekeliruan dalam soalan. Ayat: Minumlah lapan gelas air setiap hari untuk menggantikan air yang keluar daripada badan. Dalam ayat tersebut, frasa yang digariskan ialah frasa "menggantikan air yang keluar daripada badan". Tujuan frasa ini digariskan adalah untuk menentukan sama ada frasa ini salah atau betul. Berdasarkan ayat tersebut, 1. menggantikan air yang keluar DARIPADA badan 2. menggantikan air yang keluar DARI badan. Yang manakah adalah betul? Mengikut pentafsiran(penjelasan, huraian) saya, selepas kata sendi nama "dari" perlulah ada suatu lokasi, tempat. Manakala "kata sendi nama "daripada" hadir di depan objek bernyawa, manusia. Tetapi berdasar pada jawapan buku latihan, jawapan yang diberikan ialah "menggantikan air yang keluar daripada badan". Badan bukankah sesuatu lokasi yang air keluar daripada? Bukan hendak menggunakan kata sendi nama "dari"? Saya keliru. Tolong berikan jawapan yang betul berserta dengan analisis soalan. Terima kasih.Frasa "menggantikan air yang keluar daripada badan" betul, menggantikan ialah kata kerja transitif yang diikuti objek iaitu air, dan daripada merujuk sumber iaitu badan dan bukannya lokasi seperti kampung serta Kuala Lumpur.  Untuk makluman tuan, kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan unsur perbezaan atau perbandinganTatabahasa01.05.2014
Yang mana betul. Badan Kepimpinan Pelajar atau Badan Kepemimpinan Pelajar. Ke arah KEPIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi atau Ke arah KEPEMIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi.Kedua-dua istilah  iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership".   Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-­tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.Contoh ayat: 
i.     Kepimpinan melalui teladan.
ii.    Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya.

Jawapan:
i.      Badan Kepimpinan Pelajar
ii.     Ke Arah Kepimpinan yang Berkualiti dan Berintegriti
iii.    Perkataan “Integrasi” tidak sesuai digunakan dalam frasa ini kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan “Integrasi” membawa maksud bergabung dan berpadu.

Tatabahasa19.02.2020
Yang mana betul. Badan Kepimpinan Pelajar atau Badan Kepemimpinan Pelajar. Ke arah KEPIMPINAN yang berkualiti dan berintegriti atau Ke arah KEPEMIMPINAN yang berkualiti dan berintegriti. Soalan sebelum ni saya tulis berintegrasi.

Kedua-dua istilah  iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership".   Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-­tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.

Contoh ayat:

      i.        Kepimpinan melalui teladan
    ii.        Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin
          sebelumnya.

 

Jawapan:

   i.     Badan Kepimpinan Pelajar
   ii
.    Ke Arah Kepimpinan yang Berkualiti dan Berintegriti

Tatabahasa19.02.2020
Salam sejahtera, Tuan / Puan Antara yang berikut, yang manakah gramatis: 1a) Pengering rambut 1b) Alat pengering rambut 2a) Pengacip kekeras 2b) Alat pengacip kekeras 3a) Penimbang badan 3b) Alat penimbang badan 4a) Pemotong kertas 4b) Alat pemotong kertas 5a) Penunjuk skala 5b) Alat penunjuk skala Pada pendapat saya, 'pe-' membawa maksud 'alat'. Oleh itu, adalah tidak gramatis jika kita katakan 'alat pengering rambut', sebetulnya 'pengering rambut'. Adakah pemahaman saya betul? Sekian, terima kasih CKFrasa yang betul ialah Pengering Rambut, Pengacip Kekeras, Penimbang Badan, Pemotong Kertas dan Penunjuk Skala. Awalan pe-... penanda makna atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar.Tatabahasa10.02.2012
12345678910...

Kembali ke atas