Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ikan (daging, sayur, dll) yg diasinkan (dimasamkan) dan disimpan beberapa lama; alang-alang menyeluk ~, biar sampai ke pangkal lengan prb membuat sesuatu hendakĀ­lah sampai sudah (tidak alang kepalang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ikan (daging dll) yg digarami atau diasami dan disimpan agak lama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Pekasam

Puisi
 

Kalau mencari buah asam,
     Biar lebih kurang jangan;
Alang-alang menjolok pekasam,
     Biar sampai ke pangkal lengan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berendam di tempayan pekasam.

Bermaksud :

Duduk berleka di rumah perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera, Saya mencari makna peribahasa alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam carian, saya memperoleh dua maklumat yang berbeza; 1. carian 'alang-alang' - peribahasa tersebut membawa maksud kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya; (muka surat 31) 2. carian 'pekasam' - peribahasa tersebut membawa maksud membuat sesuatu hendaklah sampai sudah (tidak alang kepalang. (muka surat 1161) Oleh itu, saya mohon penjelasan tentang maksud sebenar peribahasa ini. Adakah peribahasa ini juga membawa maksud yang sama dengan peribahasa alang-alang berdakwat biar hitam dan alang-alang mandi biar basah? Terima kasih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengungkapkan makna yang persis bagi peribahasa Melayu. Justeru, makna yang lebih tepat ialah makna yang terkandung dalam kamus tersebut. Walau bagaimanapun, makna peribahasa tersebut yang dihuraikan oleh Kamus Dewan juga banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk menerima kedua-dua makna yang tersebut bergantung pada kontesk penggunaannya ketika itu.Tatabahasa04.09.2015
Saya ingin tahu maksud bagi peribahasa berikut : Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Ada beberapa buah buku peribahasa menyatakan maksud iaitu sekiranya melakukan kejahatan, hendaklah dibuat sehingga selesai. Adakah maksud tersebut tepat? Sekian, terima kasih.Berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu dan juga Kamus Dewan, maksud peribahasa tersebut ialah kalau sudah terlanjur jahat, biarlah sampai beroleh hasilnya.Makna26.01.2010
yang manakah tepat ? 1. bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat 2. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Bolehkah pembetung digantikan dengan pembentung? Alang-alang menyeluk pekasam membawa maksud jika sudah terlanjur jahat, pastikan dapat hasilnya. masyarakat pula secara umumnya menerima peribahasa ini seperti peribahasa alang-alang mandi biar basah. Adakah penggunaan ini tepat?1. Untuk makluman, peribahasa yang tepat ialah bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.

2. Pembetung tidak boleh digantikan dengan pembentung.

3. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengungkapkan makna yang persis bagi peribahasa Melayu iaitu sudah terlanjur jahat, pastikan dapat hasilnya. Walau bagaimanapun, dalam kalangan masyarakat Melayu, peribahsa itu sering disamakan dengan alang-alang mandi biar basah. Oleh itu, kami mengambil pendekatan untuk menerima kedua-dua makna yang tersebut bergantung pada konteks penggunaannya ketika itu.

Tatabahasa22.10.2015

Kembali ke atas