Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (rabis) penyakit berjangkit (lazimnya menjangkiti manusia melalui gigitan anjing yg menghidapnya) yg mengakibatkan kelum­puh­an pernafasan yg akhirnya membawa maut, penyakit anjing gila. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Rabies


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RABIES

Rabies atau penyakit anjing gila ialah penyakit

berjangkit yang memusnahkan sel saraf di

bahagian tertentu otak dan selalunya

mengakibatkan kematian. Manusia dan kebanyakan

mamalia lain boleh menghidap penyakit ini.

Perkataan rabies dalam bahasa Latin bermakna

kemarahan atau keberangan. Penyakit ini mungkin

diberikan nama sedemikian kerana haiwan yang

dijangkiti sering kali menjadi gila dan menyerang

sebarang objek atau haiwan lain yang berada di

hadapannya. Oleh sebab salah satu gejala penyakit

rabies ialah ketidakupayaan menelan air; penyakit

ini juga dikenali sebagai hidrofobia yang

bermaksud takut air.

UMUM 
PERUBATAN VETERINAR

Perubatan veterinar ialah cabang perubatan

yang menangani penyakit haiwan. Doktor haiwan

dikenali sebagai doktor veterinar . Khidmat mereka

terutamanya bernilai kerana banyak penyakit haiwan

boleh menjangkiti manusia. Penyakit demikian

dikenali sebagai zoonose . Ia termasuk rabies ,

bruselosis, tuberkulosis, psitakosis (demam nuri)

dan tularemia (demam arnab).

UMUM 

Kembali ke atas