saya nak kepastian berkenaan ejaan ramadan yang betul. Adakah Ramadan atau Ramadhan? | Ejaan yang betul ialah Ramadan. | Ejaan | 03.07.2015 |
Mana satu yang betul? "di ambang Ramadan" atau "pada ambang Ramadan" Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "pada ambang Ramadan". | Tatabahasa | 17.06.2013 |
Macamana penggunaan frasa ihya ramadan...dibenarkan atau tidak dlm ayat Bahasa Melayu? Contoh Majlis Ihya Ramadan. Bagaimana ejaan yg betul ihya ramadan dalam jawi danjuga rumi? Tkasih. | Buat masa ini tidak ada lagi perkataan ihya Ramadan dalam korpus bahasa Melayu. Puan boleh menggunakan perkataan lain atau gunakan bahasa Melayu seperti Majlis Menghidupkan Bulan Ramadan . Ejaan Jawinya ialah أحياء | Lain-lain | 15.05.2016 |
EJAAN PERKATAAN "RAMADHAN" ATAU "RAMADAN" Yang mana satu ejaan yang betul "Ramadhan" atau "Ramadan" Kalau mengikut Kamus Dewan Edisi Empat ejaan yang betul ialah " RAMADAN ' Tetapi pada pandangan & pendapat saya ejaan jawi bulan ramadhan "dh" adalah jawi "Dhad" . Sedangkan ramadan "dan' adalah huruf "dal" bila sebut dengan betul pun bunyinya ada perbezaan "dan" dengan "dhan" Jadi sekarang yang mana satu mesti boleh diguna pakai. sekian, terima kasih. | Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Entri "Ramadan" walaupun ditulis begitu, tuan bebas menyebutnya dengan bunyi "dhod" tidak ada salahnya. Kamus hanya merakamkan penggunaan mana yang terbanyak. Tuan boleh juga menulis mengikut ejaan transliterasi agar lebih tepat. Tetapi sekiranya tuan ingin menggunakan tulisan umum ejaan sebagamana yang tertera di dalam KD4 itulah yang dikira tepat - "Ramadan". | Ejaan | 13.08.2009 |
Mohamad Noorazali Ishak Jul 10th, 11:52am assalamualaikum admin..nak tanya ejaan untuk ramadhan atau ramadan? kebelakangan ni tengok ejaan ramadan termasuk di televisyen bukan ramadhan..ada perubahan ke? | Penyesuaian ejaan “Ramadhan” kepada “Ramadan” telah dibuat mengikut Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Penggunaan ejaan “Ramadan” dalam Kamus Melayu Dewan bermula dari Edisi Kedua pada tahun 1984 lagi. | Ejaan | 11.07.2014 |
Salam, Mohon semak ayat di BANNER bawah untuk iklan Yayasan Restu. "DAPATKAN AL QUR'AN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA KHIDMAT YAYASAN RESTU | MILIKI AL-QURAN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA YAYASAN RESTU. Kami gariskan perkataan mampu milik kerana istilah ini tidak sesuai untuk satu mukjizat. Sila pinda kepada perkataan yang lebih sesuai. | Tatabahasa | 06.05.2015 |
Salam, Mohon semak penggunaan ejaan dan bahasa untuk di cetak di BANNER. Ayatnya ialah: DAPATKAN AL-QUR'AN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA KHIDMAT YAYASAN RESTU | MILIKI AL-QURAN MAMPU MILIK UNTUK PENGHAYATAN RAMADAN AL-MUBARAK 1436H. SALAM RAMADAN DARIPADA SELURUH WARGA YAYASAN RESTU. Kami gariskan perkataan mampu milik kerana istilah ini tidak sesuai untuk satu mukjizat. Sila pinda kepada perkataan yang lebih sesuai dan menepati maksud yang hendak disampaikan. | Tatabahasa | 06.05.2015 |
Ingin tahu makna perkataan ihyak / ahyak ( dalam bahasa arab ) . Biasanya disebut Ihyak Ramadan - ( saya kurang pasti ejaannya ) | Ihya ialah kata Arab yang bermaksud hidup dan dalam konteks Ihya Ramadan ini bermaksud menghidupkan bulan Ramadan (menjadikan suasana giat dan bersemangat). | Makna | 19.08.2010 |
Penggunaan perkataan 'di' dan 'pada'. Bolehkah menggunakan kedua-dua perkataan ini pada ayat seperti berikut: Aktiviti-aktiviti di bulan Ramadan atau Aktiviti-aktiviti pada bulan Ramadan. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah aktiviti pada bulan Ramadan... | Tatabahasa | 29.07.2013 |
Salam Ramadan! Soalan saya ialah, yang mana satu betul; Selamat Hari Raya (nama seseorang) / selamat hari raya (nama) / selamat Hari Raya (nama)? Sekian, terima kasih! | Selamat Hari Raya betul | Lain-lain | 12.05.2020 |