Monyet adalah satu daripada banyak jenis
mamalia kecil, cergas dan antara haiwan yang
paling cerdik. Ahli sains mengelaskan monyet –
bersama manusia, beruk, lemur, dan kongkang
dalam order Primat, iaitu order yang tertinggi.
Kecerdikan monyet membolehkannya
menyesuaikan diri dengan pelbagai persekitaran.
Oleh sebab persamaan antara monyet dengan
manusia, ahli sains menggunakan monyet dalam
penyelidikan tentang kelakuan dan penyakit
manusia. Misalnya, bahan darah yang dikenali
sebagai faktor Rh ditemui dalam eksperimen
menggunakan monyet Rhesus (lihat Faktor Rh).