Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Puisi
 

Rumah siapa elok perabung,
     Itu nama rumah Cik Siti;
Tunang siapa turun bertudung,
     Tunang mana tunang tak jadi.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu yang betul ? Siapa nama anda ? atau apa nama anda ?Siapa nama anda?Tatabahasa17.07.2010
Siapa nama kamu? atau Apa nama kamu? What is your name?Ayat tanya yang gramatis ialah siapa nama kamu?Tatabahasa09.10.2012
Mana 1 yang betul dan apa yang betul, apa nama anda atau siapa nama anda?Yang betul ialah Siapa nama anda.Tatabahasa19.07.2010
Saya sudah merujuk Tatabahasa Dewan dan dicatat bahawa ayat tanya "Siapa nama kamu? " adalah bahasa pertuturan dan sepatutnya ayat tersebut ditulis "Siapakah nama kamu? ". Namun saya dapati dalam Kamus Pelajar dan Kamus Dewan, ayat " Siapa nama kamu?" adalah betul. Ketiga-tiga buah buku diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka . Saya perlu ikut buku mana?Dalam rumus tatabahasa kita mesti mengambil panduan yang ditetapkan oleh buku Tatabahasa Dewan. Dalam Tatabahasa Dewan jelas menunjukkan bahawa ayat tanya "Siapa nama kamu?" merupakan bentuk lisan, bentuk yang gramatis dan digunakan dalam tulisan ialah "Siapakah nama kamu?".Tatabahasa11.12.2012
Mana satu yang betul... Apa nama anda atau siapa nama anda?Soalan ini sudah dijawab.Tatabahasa17.07.2010
Bolehkah kata tanya 'siapa' digunakan untuk binatang? Contohnya: Siapa nama kucing awak?Kata tanya 'siapa' tidak boleh digunakan untuk binatang.Lain-lain08.08.2009
Diantara dua ayat dibawah,manakah ayat yang betul? apakah alasannya? Apa nama anda? @ Siapa nama anda?

Siapa bermaksud 1. kata utk menanyakan orang, orang mana: ~ yg mengusik awak? 2. kata utk menanyakan nama orang: ~ nama kamu? 3. kata utk menyatakan orang secara umum, orang yg tidak tentu; ~ yg makan cabai, dialah berasa pedas prb yg berbuat salah akan berasa; tiada ~ tiada seorang pun; ~ lagi a) = ~ pula adakah orang lain lagi; b) siapa selanjutnya (suka, mahu membeli, dll); ~ lu ~ gua Id, bp masing-masing membuat hal sendiri (tidak bertolong bantu); ~ pun = ~ sahaja a) barang siapa; b) sebarang orang, siapa juga.

Manakala apa pula bermaksud 1. kata utk menanyakan nama (jenis, sifat, dll) sesuatu: ~ yg kaubeli tadi? 2. pengganti sesuatu yg kurang tentu (kurang terang): tidak terdengar ~ yg kaucakapkan; 3. = ~lah kata utk menghaluskan suruhan: belikan ~ saya sebungkus rokok; 4. = ~kah kata utk menanyakan sesuatu (bukan manusia): ~ kereta itu rosak? 5. atau: ya ~ tidak; ~ akal bagaimana akal, apa yg harus dibuat; ~ boleh buat apa yg hendak dilakukan lagi, tak ada jalan lain lagi; ~ daya tidak ada kuasa lagi; ~ khabar a) bagaimana keadaanmu; b) ada khabar barukah; ~ lacur Id ya bagaimana lagi (apa boleh buat); ~ macam apa khabar; ~ pasal apa sebab; ~ sahaja = ~ saja = barang ~ = segala ~ tidak kira apa, sebarang, segala sesuatu; ~ tidaknya memang ya; ~ ubahnya serupa; kena ~ a) apa yg dialami atau dideritai; b) mengapa, kenapa;

Oleh itu, penggunaan yang tepat ialah siapa nama anda?

Lain-lain09.07.2010
mana satukah ayat yang betul. "Siapa nama awak?" atau "Apa nama awak?"Ayat yang betul ialah siapakah nama awak? ataupun nama awak siapa?Tatabahasa18.08.2010
Ayat : Siapa nama kamu? Ayat ini betul? Kata tanya siapa tidak ditambah partikel -kah masih gramatis atau hanya pertuturan sahaja?Frasa yang betul ialah siapakah nama kamu? Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut.Tatabahasa11.12.2012
yang manakah tepat? i) apa nama gadis itu? ii) siapa nama gadis itu?

Saudara,

Yang tepat ialah "siapakah nama gadis itu?". 

Tatabahasa12.11.2010
1234567

Kembali ke atas