Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sudah (kata tugas)
1. Bersinonim dengan habis: selesai, siap, beres, berakhir, tamat, usai,

2. Bersinonim dengan telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,

Kata Terbitan : sudahnya, sesudah, menyudahi, menyudahkan, kesudahan, berkesudahan, kesudah-sudahannya, penyudahan, penyudah,

Peribahasa

Dalam sudah keajukan,
     dangkal sudah keseberangan.

Bermaksud :

Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang. ajuk = duga.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, apakah berbezaan perkataan 'sudah' dan 'telah'? Dia sudah/telah makan?

Dalam Kamus Dewan, sudah dan telah mempunyai maksud yang sama.

Tatabahasa30.11.2011
Terima kasih atas penjelasan tentang penggunaan ADA di depan kata kerja. Adakah ini bermakna ayat -ayat berikut betul? 1."Awak ada makan?" 2.Ali ada minum air 3. Muthu ada tidur. 3. Hasan ada mandi.Penggunaan perkataan ada di hadapan kata kerja bergantung pada kata kerja yang hadir selepas perkataan ada.  Berdasarkan contoh tersebut, penggunaan ada tidak tepat. Penggunaan perkataan yang betul ialah:

1."Awak ada makan?"
 Awak ada makanan?/ Awak sudah makan?

2.Ali ada minum air.
Ali sudah/telah minum air.

3. Muthu ada tidur.
Muthu telah/sedang  tidur.

Sila rujuk Kamus Dewan untuk makna ada.

3. Hasan ada mandi.
Hasan sudah/telah/sedang mandi.
Tatabahasa14.08.2013
Apakah ada perbezaan antara perkataan 'telah' dan 'sudah'? Adakah perkataan-perkataan ini mempunyai perkataan setara dalam bahasa inggeris? Contohnya: have, has atau had = sudah was atau were = telah atau ada pengecualian/peraturan tertentu untuk menggunakannya?Merujuk Kamus Dewan, kata telah sama maknanya dengan sudah. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata telah dan sudah dikategorikan sebagai kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa. Dalam bahasa Inggeris, perkataan already membawa maksud yang sama dengan telah dan sudah.Tatabahasa19.12.2011
Apakah perbezaan penggunaan: 1. sejak - semenjak 2. telah - sudah 3. abstrak - mujaradBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sejak merujuk semenjak, yang bermaksud perkataan semenjak merupakan istilah yang lebih baku.  Perkataan telah dan sudah,  kedua-duanya sama maksud.  Perkataan abstrak dan mujarad membawa maksud yang sama. Abstrak merupakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, manakala mujarad daripada bahasa Arab.  Istilah15.03.2009
salam, apakah perbezaan penggunaan antara 'telah' dan 'sudah', dan penggunaan antara 'sedang' dan 'tengah'. terima kasihMerujuk Kamus Dewan, kata telah sama maknanya dengan sudah. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata telah dan sudah dikategorikan sebagai kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa.

Sedang dan tengah merupakan kata bantu aspek yang juga menimbulkan suasana perbezaan masa. Penggunaannya adalah sama iaitu menunjukkan masa.
Tatabahasa27.11.2012
ayat mana yang betul. 1. Rambut Nina sudah bersikat atau 2. Rambut Nina bersikat.Menurut Kamus Dewan, edisi keempat, bersikat bermaksud telah (sudah) disisirkan.  Oleh itu, ayat 2 lebih tepat.Lain-lain25.07.2012
apakah perbezaan antara perkataan telah dengan sudah? TQ

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kata telah sama maknanya dengan sudah. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata telah dan sudah dikategorikan sebagai kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa.

Tatabahasa04.09.2012
ASSALAMUALAIKUM...ayat yang tepat: 1)masa sudah sampai @ masa sudah tiba...(merujuk kepada kematian)Ungkapan 'masa sudah sampai' dan 'masa sudah tiba' bermaksud sampai tempoh, tiba waktunya atau masanya (yang telah dijanjikan), kedua-duanya boleh merujuk hal kematian.Tatabahasa14.01.2011
Assalamualaikum...saya inginkan pendapat pihak tuan berkaitan RUMUS KEKECUALIAN yang digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh penggunaan dalam kata majmuk bentuk yang telah mantap. Istilah frasa 'bentuk yang telah mantap' saya fahami sama juga seperti RUMUS KEKECUALIAN. Namun saya sudah mencari banyak sumber tentang rumus berkenaan tapi masih gagal. Rumus ini juga digunakan untuk istilah Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Adakah jawapan 'sudah mantap / sudah menjadi kebiasaan / sudah diterima pakai' menjadi jawapan kepada RUMUS KEKECUALIAN itu? Mohon pencerahan. BJB!Assalamualaikum...saya inginkan pendapat pihak tuan berkaitan RUMUS KEKECUALIAN yang digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh penggunaan dalam kata majmuk bentuk yang telah mantap. Istilah frasa 'bentuk yang telah mantap' saya fahami sama juga seperti RUMUS KEKECUALIAN. Namun saya sudah mencari banyak sumber tentang rumus berkenaan tapi masih gagal. Rumus ini juga digunakan untuk istilah Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Adakah jawapan 'sudah mantap / sudah menjadi kebiasaan / sudah diterima pakai' menjadi jawapan kepada RUMUS KEKECUALIAN itu? Mohon pencerahan. BJB!

Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Senarai kekecualian dalam bahasa Melayu termaktub dalam buku pegangan untuk tatabahasa bahasa Melayu iaitu Tatabahasa Dewan. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Tidak ada rumus kekecualian,  yang ada cuma senarai kekecualian seperti yang  disenaraikan dalam Tatabahasa Dewan, dinyatakan kekecualian kerana tidak mengikut rumus dalam Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa19.04.2013
Bolehkan perkataan "seusai" digunakan dalam ayat berikut: Saya bertemu dengannya seusai program itu?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, usai ditakrifkan sebagai 1. sudah selesai, berakhir, bubar (perayaan dll.); 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut); 3. sudah selesai (dikerjakan); 4. sudah lampau, sudah berlalu. Perkataan sudah pula ditakrifkan telah siap sedia, lengkap, selesai, telah berlaku. Sesudah bererti setelah sudah, sehabis, selepas. Sudah ialah kata kerja bantu aspek yang menerima imbuhan se-. Daripada pengimbuhan itu timbullah sesudah, yang berfungsi sebagai adverba waktu. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar, hlm. 204-205.) Perkataan seusai, dengan maksud sesudah digunakan dalam pengucapan sastera berdasarkan kebebasan seni (poetic license). Untuk pengucapan umum perkataan sesudah  digunakan.Sastera04.05.2011
12345678910...

Kembali ke atas