airlight | cahaya uda | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kecerahan ketara objek jauh yang dilihat oleh pemerhati. Kecerahan ini bertambah apabila dilihat pada siang hari akibat penyerakan cahaya matahari ke arah pemerhati oleh zarah-zarah yang terapung di dalam atmosfera, dan molekul-molekul udara. Cahaya udara bertambah dengan jarah objek disebabkan pertambahan agen-agen penyerak. |
cyclonic rain | hujan siklon | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Hujan yang terhasil daripada gerakan uda menegak yang berskala besar, dan selalunya berkait rapat dengan ciri-ciri sinoptik, seperti perenggan dan tekanan rendah. |
romantic drama | drama romantik | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang mengutamakan jalan cerita bersuasana romantik dalam bercinta seperti drama Uda dan Darakarya Usman Awang. |
dramatic poetry | puisi dramatik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mempunyai unsur drama yang menggunakan dialog, monolog, diksi, puisi tanpa irama dan konflik emosi. Contohnya, Muzika Uda dan Dara karya Usman Awang. |
musical | muzikal | Kesenian | Drama dan Teater | Seni persembahan teatrikal diiringi muzik yang disampaikan secara berlagu atau puitis terutama untuk bahagian yang dramatik seperti adegan sedih, gembira, bercinta dan bertarung. Contohnya, muzikal Uda dan Darakarya Usman Awang. |
adaptation | saduran | Kesusasteraan | Puisi | Pengolahan kembali sesebuah puisi kepada jenis lain seperti cerpen, novel dan drama tetapi ciri-ciri asalnya dipertahankan. Contohnya, puisi "Gadis di Kuburan" karya Usman Awang dijadikan drama 'Muzika Uda dan Dara'. Nisan condong tegak bertaburan Gadis menangis kehibaan Tidak ada padang perjuangan Pahlawan gugur tergelimpang. Lari gadis menyembam ke tanah, Diiringi sedu menggoncang bahu, Tenang pahlawan dipeluk bumi, Senyum terakhir tenang tersembunyi. |
adaptation | adaptasi | Kesusasteraan | Tiada | Penyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S, Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen �Uda dan Dara� karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita Hang Jebat dan Hang Tuah daripada sastera tradisional kepada bentuk drama moden dan filem, serta novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck oleh Hamka kepada drama televisyen dengan judul yang sama: Lihat juga terjemahan. |
adaptation | adaptasi | Kesusasteraan | Tiada | Penyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S. Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen “Uda dan Dara” karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan Dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita Hang Jebat dan Hang Tuah daripada sastera tradisional kepada bentuk drama moden dan filem, serta novel Tenggelamnya Kapal van der Wijck oleh Hamka kepada drama televisyen. Lihat juga terjemahan. |
implementing agency | agensi pelaksana | Pentadbiran | Tiada | Badan yang ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu projek sehingga matlamat tercapai. Agensi pelaksana terdiri daripada syarikat, jabatan kerajaan, kementerian, atau pertubuhan antarabangsa. Agensi ini biasanya merupakan badan profesional yang mengetahui selok belok projek yang ingin dilaksanakan. Contohnya, PLUS dalam usaha membina lebuh raya baru, Petronas mencari gali minyak atau UDA membangunkan sebuah bandar baharu. |
blocking anticyclone | antisiklon halang | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kawasan tekanan tinggi yang terbentuk di Siberia pada musim sejuk, yang dapat dilihat jelas dicarta min tekanan aras laut. Antisiklon ini berpusat berhampiran dengan Tasik Baikal dan min tekanan aras lautnya melebihi 1030 hPa dari akhir November hingga keawal Mac. Keamatan antisiklon ini diperkuat oleh gunung yang mengelilingi kawasan tersebut yang menghalang udara sejuk mengalir keluar. Di pusat antisiklon, uda yang biasanya berkitar ikut arah jam diganti oleh angin katabatik yang menuruni lurah sungai; tetapi di sebelah timur di sepanjang pantai Pasifik, terdapat jalur angin utara yang amat kuat. Pada musim panas, kawasan antisiklon Siberia digantikan oleh kawasan tekanan rendah. |