Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
usah (kata tugas)
Bersinonim dengan jangan, hendaknya tidak;,
Kata Terbitan : usahkan,

Peribahasa

Jangan bersandar di batang rengas.

Bermaksud :

Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara "usah" dengan "jangan"? saya pernah dengar penjelasan yang mengatakan "usah" digunakan untuk memujuk atau dengan suara yang lembut manakala "jangan" digunakan dalam situasi yang lebih tegas. contohnya - Usah menangis lagi. - Jangan bermain di situ!Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Penjelasan tuan untuk membezakan penggunaan "usah" dan "jangan" betul.Tatabahasa08.07.2013
1. Apakah beza antara 'jangan' dengan 'usah'? 2. Apakah beza antara 'sila' dengan 'jemput'? 3. Apakah beza antara 'harap' dengan 'tolong'?

1. Kata usah membawa beberapa maksud antaranya jangan. Oleh itu, jangan dan usah sama sahaja maksudnya.

2. Sila (silalah), jemput (jemputlah) dan satu lagi sudi (sudilah) sama sahaja maksudnya iaitu minta dengan hormat. 

3. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu.

Untuk lebih memahami perkatan ini dan perkataan yang lain juga sila rujuk Kamus atau layari laman web DBP di www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa16.12.2010
Tuan, Saya telah menyemak maksud perkataan 'usah' dalam Kamus Dewan. Usah mendukung dua maksud [1] perlu dan [2] Jangan. Dalam ayat contoh yang dikemukakan Tak usah kita mengungkit-ungkitkan hal yang lalu. Soalnya, bolehkah saya menggunakan perkataan usah tanpa perkataan 'tak ' di depannya. Kita usah menjaga kebersihan badan sepanjang masa. [Kalaulah usah mendukung maksud perlu - adakah ayat ini gramatis?] Saya agak keliru kalau usah bermaksud perlu, mengapakah maksud yang kedua pula jangan - seolah-olah berkontradiksi. Cuba tuan berikan tunjuk ajar. Sekian terima kasih. Daripada, Pencinta Bahasa

Encik Chan,

Dalam ayat pertama perkataan 'tak' perlu digunakan kerana tanpa perkataan tersebut membawa maksud yang lain, bukan bermaksud perlu atau jangan. Dalam ayat kedua perkataan 'usah' boleh digantikan dengan perkataan tetapi bukan perkataan 'jangan'.  

Tatabahasa04.06.2010
Apakah perbezaan antara 1. "sila" dengan "jemput" 2. "Jangan" dengan "usah"Sila bermaksud meminta dengan hormat. Jemput bermaksud mengajak atau menyilakan datang. Jangan dan usah ialah kata larangan yang bermaksud tidak boleh.Makna16.12.2013
Apakah perbezaan perkataan 'jangan' dengan 'usah'?

Perbezaan makna perkataan bahasa Melayu boleh diperoleh melalui carian dalam kamus terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat, dan Kamus Pelajar.   Atau anda boleh layari usah">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=usah untuk makna kata usah dan  jangan">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=jangan untuk makna kata jangan. Untuk makluman anda, perbezaan makna perkataan boleh dikenal pasti dalam konteks penggunaan iaitu, dengan melihat kolokasi kata selepas dan sebelum kata jangan  atau usah.

 

Makna15.05.2017
Usah bermain bola di tepi jalan. Adakah kata perintah "usah" digunakan dengan betul?Dari segi sintaksis, kata perintah usah boleh digunakan dalam ayat Usah bermain bola di tepi jalan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008; 256) untuk mengetahui maklumat tentang kata perintah.

Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 2486) memberikan takrif bagi kata usah iaitu kata perintah 1. digunakan untuk melarang seseorang melakukan sesuatu, dan 2. digunakan untuk menenteramkan seseorang.

Namun, dari segi semantik penggunaan kata usah lebih lembut berbanding dengan kata perintah jangan
Makna16.08.2023
Cikgu, kata kerja dalam ayat larangan juga harus diimbuhkan dengan akhiran -kan atau menggunakan kata dasar? Contoh: 1. Jangan main di sini atau Jangan bermain di sini 2. Usah pedulikan dia atau Usah peduli diaLihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 450, contoh ayat larangan:
(a) Jangan ambil harta orang.
(b) Kamu jangan beritahu dia.
(c) Usah kaupedulikan dia.
Tatabahasa13.05.2014
Jangan pernah berkasar terhadap ibumu. Ungkapan “jangan pernah” dalam ayat ini sesuai atau tidak? Terima kasih. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjawab soalan-soalan sebelumnya.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, jangan ialah  kata larangan yang menyatakan tidak boleh, hendaknya tidak, usah.. manakala pernah ialah sudah ada mengalami, sudah berlaku. Perkataan pernah tidak sesuai mengikut konteks ayat yang dinyatakan.

Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah sesekali...

Jangan sesekali berkasar terhadap ibumu.
Tatabahasa17.01.2013
Selamat sejahtera, Tuan. Saya mahu bertanya. Adakah perkataan "tolong" dan "jangan" tak boleh digunakan bersama-sama? Contoh ayat, "tolong jangan tinggalkan saya." Situasi ini lebih kepada merayu dan sedih, jadi saya merasakan lebih sesuai jika menggunakan perkataan "tolong" juga. Terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Perkataan jangan tergolong dalam kata larangan yang digunakan di dalam ayat larangan. Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, atau usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.

Perkataan tolong pula tergolong dalam kata permintaan yang digunakan dalam ayat permintaan. Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Ayat larangan juga dapat dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya. Contoh: Harap jangan tinggalkan saya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.04.2018
Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih.Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih.
Ayat 1, 2 dan 3 merupakan ayat perintah (jenis ayat permintaan). Sementara kata 'jemput, 'ayu'h dan 'mari' merupakan ayat perintah jenis silaan. Rujuk semula Tatabahasa Dewan, muka surat 450-452.
Tatabahasa10.05.2013
12

Kembali ke atas