Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana penggunaan pangkat seperti D.I.M.P., A.M.N.,S.I.S,A.M.S adakah diletakkan sebaris bersama nama, seperti:- DATO' DR. JUHARI BIN AHMAD D.I.M.P.,A.M.N.,S.I.S.,A.M.S ATAU diletakkan di bawah baris nama DATO' DR. JUHARI BIN AHMAD D.I.M.P.,A.M.N.,S.I.S.,A.M.S

Penggunaan Darjah Kebesaran Persekutuan atau Darjah Kebesaran Negeri biasanya diletakkan di bawah nama penerima darjah kebesaran tersebut. Sekiranya ingin diletakkan sebaris dengan nama penerima, darjah kebesaran tersebut perlu dimasukkan dalam tanda kurung (  ) serta disusun mengikut urutan darjah tertinggi. Namun, hal ini bergantung pada protokol khusus sesebuah negeri dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah menghubungi Bahagian Istiadat & Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.

Lain-lain21.01.2020
Cikgu, bagaimanakah kata "Nabi Muhammad s.a.w" dan "Allah S.W.T"? Kedua-dua kata ini perlu ditulis sebagai bentuk "Nabi Muhammad s.a.w." atau "Nabi Muhammad S.A.W.", dan bentuk "Allah s.w.t." atau "Allah S.W.T."? Satu soalan lagi. Ada titik noktah di belakang kata "s.w.t." dan "s.a.w." tak? Jadi, perlu ditulis "s.w.t" atau "s.w.t." (dengan adanya titik noktah di belakang kata ) dan "s.a.w."(adana titin noktah di belakang kata) atau "s.a.w" (tiada titik noktah di belakang kata)

Ejaan yang betul ialah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Ejaan21.01.2015
지현경 Hi, I`m HyeonKyeong who is korea's sookmyung women's university's student. (http://www.sookmyung.ac.kr/index.jsp) This summer(17, july), by my school's global teaching programme i'm going to malaysia with my team to study the status of korean because i heard that you've been korea to make the korean- malaysian / malaysian- korean dictionary. So we want to visit Dewan Bahasa danPustaca in kualalumpur. I want to ask you we can visit there that day?? And we gonna go there by get a scholarship so the date can be moved. Therefore the date can be earlier or later a week than i told. If you permit it, then i can tell you the exact date. My e-mail address is "ekffur25@naver.com", if can pls answer me. Thank you.Sila hubungi: Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. E-mel razali@dbp.gov.my atau hasma@dbp.gov.my.Lain-lain25.05.2014
building tomorrow's leader's todaycadangan membina asa depan pemimpin hari ini, "pemimpin hari ini, membina hari esok"Lain-lain06.04.2007
Salam... Boleh saya tahu penggunaan singkatan yang betul bagi: 1. r.a / r.a. / RA 2. a.s / a.s. / AS1. Singkatan yang betul bagi radiallahuanhu ialah r.a. 2. Singkatan yang betul bagi alaihissalam ialah a.s.Ejaan24.08.2017
Apakah terjemahan yang sesuai untuk idiom "Steal your/one's/someone's thunder" yang mengekalkan stail dan gaya terjemahan dalam bahasa asal? Terima kasihUntuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan ayat, kecuali istilah dan perkataan yang ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanpun kami boleh membantu tuan, menyemak penggunaan ayat yang telah diterjemahkan. Oleh itu, sila terjemahkan ayat tersebut dan nyatakan konsep penggunaannya untuk kami membantu tuan membina ayat yang betul.Penyemakan dan penterjemahan07.04.2017
terjemahan untuk "arm's length deal"Untuk makluman, istilah "arm's length deal" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun terdapat istilah "arm's length" yang padanan bahasa Melayunya ialah selengan (bidang Ekonomi) dan tulus (bidang Percukaian). Contohnya: arm's length bargaining - rundingan selengan, arm's length transaction - urus niaga tulus). Istilah untuk "deal " pula ialah rundingan atau urus niaga. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah rundingan selengan atau rundingan tulus.Istilah22.01.2013
1. To clean baby's teeth gently without hurting baby delicate's teeth and gums. 2. Safety shield prevents the brush from pushing too deep into baby's mouth when use. Please help to check the translation in BM as below:- 1. Untuk membersihkan gigi bayi tanpa melukai gigi dan gusi bayi. 2. Perisai keselamatan mengelakkan berus daripada memasuki terlalu dalam mulut bayi semasa penggunaan. Sekian, terima kasih.Terjemahan yang betul bagi:
1. To clean baby's teeth gently without hurting baby delicate's teeth and gums - Untuk membersihkan gigi bayi tanpa melukai gigi dan gusi bayi.
2. Safety shield prevents the brush from pushing too deep into baby's mouth when use - Pelindung keselamatan digunakan untuk melindungi berus daripada memasuki terlalu dalam di mulut bayi semasa digunakan.
Makna30.05.2018
apakah perkataan yang membawa maksud situasi pengasingan berpihak atau pertentangan kecenderungan, kepentingan dan perbezaan matlamat sesuatu kumpulan. Jawapan : _ _ K _ R _ S A S iUntuk makluman tuan, perkhidmatan KNDBP tidak merangkumi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan,  dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tuan dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan  dalam talian di laman web DBP untuk membantu menjawab peraduan teka silang kata.Tatabahasa09.09.2013
ejaan 'diurussetiakan' - satu 's' atau 2 's'

Puan,

Ejaan yang betul 'diurussetiakan'(2 's').

Ejaan28.04.2010
12345678910...

Kembali ke atas