"Sejak abad ke abad" Bolehkah sejak dan ke digunakan sebegini atau wajib membubuh "dari abad ke abad"? | Frasa yang betul ialah "dari abad ke abad" dan jika perkataan sejak hendak digunakan, frasa yang betul ialah "sejak abad ke-19 ...". | Tatabahasa | 29.10.2012 |
centuries=abad-abad, spiders=? | Spider diterjemahkan kepada labah-labah (dalam bentuk tunggal). Dalam bentuk jamak tuan boleh menggunakan perkataan yang membawa maksud jamak seperti bilangan, lima ekor labah-labah atau beberapa ekor labah-labah. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.10.2014 |
Salam sejahtera. Pertanyaan saya: Sekarang kita sedang berada pada abad 21. Yang manakah pernyataan yang tepat dan kenapa pernyataan itu dipilih? Pengajaran abad ke-21 atau pengajaran abad 21. Jika pengajaran abad ke-21 saya berpendapat kurang tepat kerana situasi kita sekarang berada pada abad 21 dan bukannya kita berada pada abad 20. Harap dapat penjelasan. | Penggunaan yang betul ialah "Pengajaran abad ke-21. Perkataan "Ke" di sni bukan bermaksud "menuju" tetapi bermaksud bilangan. Contoh: abad pertama, abad kedua | Lain-lain | 06.03.2017 |
mohon pencerahan pengunaan 1. abad ke-21 dengan abad 21 | abad ke-21 | Ejaan | 06.12.2016 |
Salam sejahtera. Saya ingin merujuk soalan yang dikemukakan pada 6 Mac 2017 berkaitan frasa "Pembelajaran abad 21 atau pembelajaran abad ke-21, yang masih belum dijawab. Terima kasih. | Jawapan : Penggunaan yang betul ialah "Pengajaran abad ke-21. Perkataan "Ke" di sini bukan bermaksud "menuju" tetapi bermaksud bilangan. Contoh: abad pertama, abad kedua dan sebagainya. | Lain-lain | 13.03.2017 |
Salam sejahtera, Saya kini sedang belajar sejarah bahasa Melayu di universiti saya. Saya agak keliru dengan pengunaan tarikh Masihi berbanding dengan abad. Contohnya, sebuah batu bersurat dijumpai di Kuala Berang yang bertarikh 1303 Masihi. Abad ini juga dikenali sebagai abad ke-14. Setahu saya, seabad mengandungi 100 tahun. Mengikut kiraan, bukankah abad itu sepatutnya dikenali sebagai abad ke-13? Saya berharap tuan/puan dapat menyelesaikan kemusykilan saya. Sekian terima kasih. Yang benar, Brian Kumar | Kiraan abad bermula dari tahun 1 - 100 = abad pertama, 101 - 200 = abad ke-2, 201 - 300 = abad ke-3 dan begitulah seterusnya hingga tahun 1301 - 1400 = abad ke-14. | Lain-lain | 11.11.2010 |
Saya cuma ingin tahu mengenai istilah bagi 30 tahun, untuk 100 tahun dipanggil kurun atau abad. Adakah 30 tahun dipanggil suku abad atau ada istilah lain yang boleh kita gunakan? | 10 tahun ialah dekad atau darsawarsa, 25 tahun, suku abad, 100, abad. Untuk menjawab soalan saudara, tidak semua jumlah angka tahun mempunyai istilah panggilan khusus. Harap maklum. | Ejaan | 09.08.2006 |
dalam ayat, kita perlu guna apa..dalam abad atau pada abad kini atau sekarang? | Jawapan yang betul ialah pada abad kini. | Lain-lain | 08.10.2010 |
Apakah kelas kata dan etimologi (jika ada) bagi perkataan berabad-abad. | Perkataan ‘berabad-abad’ termasuk dalam kelas kata adverba. Tiada maklumat berkaitan etimologi perkataan ‘berabad-abad’ dalam data DBP. | Makna | 15.10.2014 |
apakah sejarah bahasa melayu? | Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iatu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap,iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 14.12.2007 |