virelai | virelai | Muzik | Tiada | Bentuk muzik dan puisi Perancis pada abad ke-14 dan abad ke-15. ABBA merupakan ciri struktur muzik yang utama. Virelai merupakan salah satu daripada formes fixes abad ke-14 dan abad ke-15. |
air | air | Muzik | Tiada | Lagu Perancis pada abad ke-17 dan abad ke- 18. Air merupakan karya instrumental yang amat popular pada Zaman Barok. Air juga digunakan pada gerakan kedua dalam karya yang mengandungi beberapa gerakan muzik. Air biasanya dalam tempo andante atau adagio dan melodinya agak berlirik. Con-tohnya, Air on the G String daripada Orchestral Suite, No. 3, D major, BWV 1068 oleh J.S. Bach. |
phrygian bonnet | bonet frigian | Kesenian | Tiada | Topi sama sendat daripada belulang, berbentuk runjung dan puncaknya dibiar melempai ke bawah. Pakaian orang Yunani dari abad ke-9 hingga abad ke-12. Dipopularkan semula pada abad ke-18. |
phrygian cap | kep frigian | Kesenian | Tiada | Topi sama sendat daripada belulang, berbentuk runjung dan puncaknya dibiar melempai ke bawah. Pakaian orang Yunani dari abad ke-9 hingga abad ke-12, dipopularkan semula pada abad ke-18. |
bractiates | pin braktiat | Kesenian | Tiada | Pin yang digunakan untuk mengancing pakaian, pada abad ke-6 hingga abad ke-8. |
bangsawan | bangsawan | Muzik | Tiada | Opera Melayu yang merupakan teater baru pada abad ke-19 dan abad ke-20. Bangsawan terdiri daripada cerita, muzik instrumental, nyanyian solo dan berkumpulan serta selingan yang dikenali sebagai extra-turn, Cerita atau watak adalah tentang golongan bangsawan. Bangsawan dipersembahkan di pentas prosenium dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri daripada alat muzik Barat, India dan Melayu. Dalam bangsawan, cerita Melayu, Arab, Cina, Barat dan India dipentaskan. Manakala tarian dan muzik pula menggabungkan ciri Barat, Melayu, Arab, Cina dan India. Teater ini mempunyai ciri persamaan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti stambul dan ketoprak dari Jawa Tengah, ludruk dari Jawa Timur, zarzuela dari Filipina, likay dari Thailand dan hat cat luong dari Vietnam. |
bassadanza | bassadanza | Muzik | Tiada | Tarian popular di istana Perancis pada abad ke-15 dan abad ke-16. Bassadanza biasanya bermeter dupel atau tripel. Bassadanza juga berkemungkinan dalam gabungan meter dupel dan tripel. Bassadanza dalam tempo tripel dikenali sebagai branle gay. Ternponya perlahan dan mungkin diikuti tarian lain yang bertempo laju. Bassadanza melibatkan tmprovisasi berdasarkan muzik lain yang sudah wujud atau cantus firmus pada lapis tenor. Contohnya, Danseries a 4 Parties, Second Livre dan Basse Danse, No. I oleh Attaingnant (lebih kurang tahun 1494-1551). |
sack | pakaian sak | Kesenian | Tiada | 1. Jaket kecil bayi yang dikancing dengan reben pada akhir, abad ke-19 dan awal abad ke-20.,2. Gaun longgar untuk pakaian harian yang dipakai oleh wanita pada abad ke-16. 3. Pakaian yang popular di Perancis pada awal abad ke-18 hingga tahun 1755 yang bercirikan dua lisu setentang pada bahagian belakang yang dijahit dari garis leher belakang ke bahu dan dilepaskan mengembang ke kelepet. |
ricercare | ricercare | Muzik | Tiada | Muzik instrumental terutamanya bagi alat organ pada abad ke-16 dan abad ke-17. Ricercare bertekstur polifoni dalam gaya contrapunctus imitasi dan merupakan sejenis karya latihan yang menekankan sesuatu teknik persembahan atau kaedah gubahan. Terdapat dua jenis ricercare, iaitu ricercare prelad/ricercare rhapsodi dan ricercare imitasi. Ricercare prelud berperanan sebagai karya pengenalan kepada sesuatu karya utama seperti motetus. Manakala ricercare imitasi pula, merupakan leluhur kepada juga Zaman Barok. Contohnya, Ricercar dapo il Credo oleh Frescobaldi (1583-1643) dan a ricercar a 6, a ricercar a 3 dalam Das Musikalische Opfer, BWV 1079 oleh J.S. Bach (1685-1750). Sinonim ricercar, ricercata. |
heike-biwa | heike-biwa | Muzik | Tiada | Tradisi vokal Jepun yang wujud pada abad ke-12 dan abad ke-13. Tradisi vokal ini diiringi lut biwa. Lirik puisinya tentang peperangan, sementara melodinya menggunakan formula tertentu berdasarkan canta Buddha. |