Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. nimbleness, alertness, kecergasan: the operation on his knees will restrict his ~, pembedahan pd lututnya akan menyekat kecergasannya; 2. (usu in pl) pursuit, aktiviti, kegiatan: social activities, kegiatan-kegiatan sosial; extra-curricular activities, kegiatan-kegiatan luar kurikulum; 3. movement, liveliness, kesibukan, sibuk, aktiviti, kegiatan: there was a lot of ~ at the house next door yesterday, rumah di sebelah sibuk sekali semalam; be /a scene of, full of / ~, sibuk: the market-place was a scene of great ~, pasar itu sibuk sekali; 4. (commerce) aktiviti, kegiatan: ~ of trade, aktiviti perdagangan; ~ on the stock exchange, aktiviti di bursa saham; 5. (of volcano) kegiatan. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata activity


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sumang Wahid MON 4:17PM Sumang Wahid Sumang Hi. Saya cuma ingin beritahu ada sedikit ralat dalam Activity Book English Year 3 SK. Unit 13, muka surat 82. Lajur 7 baris 2 (ke bawah) TWENTYSIX. Terima kasih.Selamat pagi. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Pihak kami akan membuat pembetulan. Sekian, terima kasih.Lain-lain01.08.2016
salam sejahtera. apakah terjemahan bagi jawatan perkerjaan "visual merchandiser"? Menurut oxford, makna visual merchandising adalah: Visual merchandising is the activity of promoting the sale of goods, especially by their presentation in retail outlets. Maka visual merchandiser bolehlah dikatakan sebagai orang yang bertanggungjawab memperagakan barangan jualan di tempat jualan yang bertujuan untuk mempromosi dan menarik minat pelanggan membelinya. Bolehkah saya menterjermahkan "visual merchandiser" sebagai "pereka letak visual"? terima kasihDalam data kami tiada padanan khusus bagi perkataan "Visual Merchandiser" dalam bahasa Melayu. Berdasarakn definisi yang tuan berikan kami mencadangkan "visual merchandiser" diterjemahkan kepada Pekerja Promosi Produk/Barangan.Tatabahasa17.10.2013
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah perkataan yang sesuai untuk menterjemahkan perkataan-perkataan seperti di bawah: 1) sedentary behaviour 2) cancer survivor 3) survivorship 4) health related quality of life (HRQoL) 5) moderate to vigorous physical activity (MVPA)DBP menyediakan perkhidmatan menyemak hasil terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Sdr. boleh menterjemahkan dahulu perkataan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu  dan menghantarkannya kepada kami untuk semakan terjemahan.Penyemakan dan penterjemahan10.07.2018
1) sedentary behaviour = tingkah-laku tidak ktif 2) cancer survivor =pemandiri kanser/ pesakit kanser yang terselamat 3) survivorship = tempoh pemandiri kanser 4) health related quality of life (HRQoL)= kualiti hidup berkaitan kesihatan 5) moderate to vigorous physical activity (MVPA)= aktivit fizikal sederhana hingga kuat Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan.Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam contoh ayat supaya kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih.Istilah12.07.2018
Salam hormat. Saya ingin mengajukan pertanyaan berhubung dengan penggunaan istilah yang sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ berdasarkan konteks di bawah: - Commissioning Manager/Team - Pre-commissioning Electrical Supervisor/Technician - Commissioning Induction/Training - Commissioning Permit to Work - Commissioning of System - Pre-commissioning activity - Pre-commissioning of Equipment Dalam kontrak EPCC (Engineering, Procurement, Construction and Commissioning) pula, istilah ‘commissioning’ yang diguna pakai oleh media massa didapati tidak selaras. Antara yang digunakan ialah Pentauliahan, Pengoperasian, Pelaksanaan, Penjagaan dan Penugasan. Sehubungan itu, mohon pihak tuan mencadangkan satu istilah yang paling sesuai bagi perkataan ‘commissioning’ dan ‘pre-commissioning’ agar dapat diselaraskan mengikut konteks di atas. Terima kasih.

Kami mengambil maklum tentang penggunaan perkataan “commissioning” dalam laras bahasa media yang kerap kali berubah padanannya dalam bahasa Melayu, mengikut konteks dan penggunaannya dalam bidang tertentu. Namun, untuk keselarasan, kami mencadangkan agar perkataan “commissioning” diterjemahkan sebagai pentauliahan, manakala “pre-commissioning” diterjemahkan sebagai prapentauliahan, kedua-duanya berasal daripada kata dasar “tauliah” yang bermaksud perihal memberi kuasa kepada individu atau kumpulan dalam menguruskan tugas tertentu.

Istilah21.11.2019
Assalamualaikum. Adakah struktur ayat di bawah tepat? "Setiap bahagian yang berada di bawah aktiviti Ketekunan Wajar merumuskan pemerhatian dan ulasan ENY jika ada." Saya agak keliru dengan penggunaan istilah 'Ketekunan Wajar' dan perkataan 'jika ada' pada belakang ayat. Ini adalah terjemahan daripada "Each area covered under the due diligence activity summarizes ENY’s observations and remarks if any." Terima kasih.Perkataan "if any" boleh dipadankan dengan perkataan bahasa Melayu jika ada.

Untuk keseluruhan ayat. mohon nyatakan bidang kerana padanan perkataan bergantung pada kesesuaian mengikut laras bahasa atau konsep.

Contoh:

due diligence-usaha wajar (bidang undang-undang)

due diligence-penilaian wajar (bidang audit/perniagaan)



Mohon jelaskan juga maksud atau konsep ENY.
Makna11.11.2021
Boleh saya dapat terjemahan perkataan di bawah dalam bahasa Melayu: 1. Colometric end point 2. Read spectrophotometrically 3. Fixed Stage Upright Microscope 4. Frosted slide 5. Competitive inhibition enzyme immunoassay 6. Pre-coated antibody specific 7. Unlabeled LH 8. Avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) 9. Biotin labeled rat LH 10. Assay diluents 11. Detection reagent 12. Non-specific binding well 13. Total activity well 14. Goat anti-Mouse IgG 15. Mouse IgG 16. Absolute etanolUntuk makluman, semua istilah yang dikemukakan belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus. Walau bagaimanapun, bersama-sama ini diberikan cadangan padanan istilah bahasa Melayu. Sekiranya padanan bahasa Melayu yang diberikan tidak sesuai, sila berikan konsep istilah tersebut. 
1. colometric end point - Tidak ada perkataan colometric, yang ada ialah colorimetric. Padanan yang dicadangkan ialah takat akhir kolorimetri.
2. read spectrophotometrically - spektrofotometrik baca
3. fixed stage upright microscope - mikroskop tegak tapak tetap
4. frosted slide - slaid kabut
5. competitive inhibition enzyme immunoassay - imunocerakin enzim perencatan bersaingan
6. pre-coated antibody specific  - antibodi prasalut spesifik
7. unlabeled LH - LH tanpa label
8. avidin conjugated to Horseradish Peroxidase (HRP) - avidin berkonjugat kepada remunggai peroksidase
9. biotin labeled rat LH - LH tikus terlabel biotin
10. assay diluents - pencair cerakin
11. detection reagent - bahan uji pengesanan atau reagen pengesanan
12. non-specific binding well - telaga ikatan tak spesifik
13. total activity well  - telaga aktiviti total
14. goat anti-mouse IgG - IgG antitikus kambing
15. mouse IgG - IgG tikus
16. absolute etanol -etanol mutlak
Istilah13.08.2012
Salam. Terima kasih di atas maklum bals yang diberikan terhadap penterjemahan occupational therapy kepada terapi cara kerja. Soalan berikutnya, Bolehkah setiap perkataan 'occupation' yang bersesuaian diterjemahkan kepada 'cara kerja'? kerana terjemahan sedia ada bagi occupation ialah "pekerjaan, pendudukan" Maksud 'Occupation' menurut Oxford: [countable] the way in which you spend your time, especially when you are not working Example: Her main occupation seems to be shopping. (https://www.oxfordlearnersdictionaries.com/definition/american_english/occupation) Maksud 'Occupation' menurut Merriam-Webster: Definition of occupation 1a: an activity in which one engages Example: Pursuing pleasure has been his major occupation. (https://www.merriam-webster.com/dictionary/occupation) Oleh itu, bolehkah ia diterjemah kepada 'cara kerja'? Contoh: 'occupation is activities that people do in everyday life' kepada 'cara kerja ialah aktiviti-aktiviti yang manusia lakukan sehari-hari'Istilah cara kerja lebih banyak digunakan dalam bidang tertentu seperti perubatan. Dalam konteks umum kata pekerjaan lebih banyak digunakan. Berdasarkan kedua-dua contoh yang diberikan, terjemahan pekerjaan lebih sesuai digunakan dalam konteks yang berikut.Istilah02.09.2020
ssalaamu'alaikum Wr. Wb. Dear Sir, I am a student of Ph.D program in UUM, Sintok, Kedah Darul Aman. I would like to have my thesis (written in Indonesian) translated into Malay. A lecturer of UGM, Yogyakarta, Indonesia, who took a Ph.D. program in a university in Kuala Lumpur told me that he had his thesis translated into Malay in Dewan Bahasa Malaysia. I would like to inqure about that, whether it is a formal service of Dewan Bahasa Malaysia or just an individual activity of the staffs of Dewan Bahasa Malaysia. Who do I have to make a contact to? I am looking forward to your reply. Wassalaamu'alaikum Wr. WbDewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan perkhidmatan sedemikian melainkan dibuat secara individu atau kerja luar oleh staf. Walau bagaimanapun saudara boleh menghubung Persatuan Penterjemah Malaysia 03-21424381 atau layari web www.ppm-mta.org untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.Lain-lain27.08.2009

Kembali ke atas