Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
peluang (kata nama)
Bersinonim dengan kesempatan, jalan, lubang, kelapangan, cerlak;,
Kata Terbitan : meluangkan, terluang, keluangan, peluang, berpeluang,

Peribahasa

254

Make hay while the sun shines

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
learned helplessnessketakupayaan dipelajariPsikologiPsikologi UmumKetakupayaan yang diperoleh individu atau haiwan melalui pengalamannya yang tidak dapat mengatasi halangan atau rangsangan yang menekankan atau menyakitkan. Contohnya, anjing diletakkan dalam kotak yang diberi kejutan elektrik tanpa ada peluang untuk melepaskan diri sehingga pada akhirnya anjing itu melolong, mendekam dan merengek kesakitan. Keadaan psikologikal ini dialami oleh individu apabila mereka tidak lagi mempunyai harapan untuk mengelakkan diri daripada penderitaan yang memeritkan. Kanak-kanak sekolah boleh mengalami keadaan ini sekiranya mengalami kegagalan yang berulang kali. Kemurungan ialah salah satu kecelaruan psikologi yang diakibatkan oleh ketakupayaan dipelajari. Tingkah laku seperti mengkritik diri sendiri, pemikiran negatif atau kegagalan diri juga dikatakan berkait rapat dengan fenomena ini.
offensive tactictaktik seranganPengurusanPerancanganTaktik yang dilakukan apabila organisasi melihat peluang pasaran akibat daripada kesilapan atau kekurangan yang ditonjolkan oleh pesaing. Tujuan taktik serangan adalah untuk mengeksploitasi kelebihan yang ada pada organisasi tersebut dan mengambil kesempatan pada peluang yang ada untuk menguasai pasaran. Contoh taktik serangan adalah menambah baik produk berbanding dengan produk pesaing serta menawarkan harga yang jauh lebih murah, mengadakan aktiviti promosi yang agresif (seperti potongan harga dan barang percuma) bagi menarik perhatian pelanggan pesaing.
intrapreneuringkeusahawanan dalamanPentadbiranTiadaKeusahawanan yang dibentuk dalam syarikat semata-mata untuk meluaskan aktivitinya dengan mencari peluang baharu menggunaan sumber yang ada.
natural justiceadil asasiPentadbiranTiadaStandard keadilan minimum yang mesti digunakan apabila menyelesaikan sesuatu pertikaian, iaitu seseorang itu perlu diberi peluang membela diri, dan tidak boleh ada sikap berat sebelah.
crop competitionpersaingan tanamanPertanianAgronomi

 Persaingan dalam suatu kawasan, sama ada persaingan antara tanaman dengan rumpai,  persaingan antara tanaman yang berbeza, atau persaingan antara tanaman yang sama. Contohnya, keupayaan sesuatu tanaman untuk mengatasi penularan rumpai ke dalam kawasan tanaman melalui tumbesaran tanaman yang agresif dan tidak memberi peluang kepada rumpai untuk merebak. Satu cara persaingan tanaman dapat ditingkatkan ialah dengan menanam biji benih dengan kadar yang tinggi dan ditanam dalam barisan yang rapat. Dengan cara ini, tanaman akan cepat menutupi kawasan dan menghindarkan rumpai bercambah dan memberi saingan kepada tanaman.

sponsorpenajaKomunikasiKorporatSebuah yayasan, syarikat, atau individu yang membayar pelaksanaan sesuatu aktiviti, sama ada dalam bentuk acara atau projek. Penajaan boleh dilakukan dalam bentuk bantuan kewangan, perkhidmatan seperti menyediakan poster, hadiah, ruang aktiviti, makan minum, pengangkutan, dan pengurusan perolehan tetamu, artis dan pakar, serta endorsan yang diperlukan oleh aktiviti berkenaan. Sekiranya sesuatu penajaan melibatkan jumlah kos yang tinggi, penaja diberi peluang terlibat dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan acara berkenaan. Pihak penaja juga akan mendapat hak mengiklankan barangan atau perkhidmatan sepanjang tempoh aktiviti atau projek berlangsung. Sesebuah organisasi atau syarikat hanya akan menaja sekiranya aktiviti atau projek yang ditaja boleh meningkatkan citra atau sebarang keuntungan lain kepada pihak syarikat.
call optionopsyen panggilanEkonomiEkonomi IslamAkad yang memberikan hak kepada pembeli untuk membeli saham pada harga tetap dalam tempoh tertentu. Pembayaran bagi pembelian tersebut boleh dilakukan secara tertangguh untuk memberi peluang kepada pembeli membuat pembayaran sebahagian harga yang dipersetujui dan pembeli diberi masa untuk membuat keputusan sama ada membeli atau membatalkan akad tersebut. Sekiranya pembeli memutuskan untuk meneruskan pembelian, pada akhir tempoh tersebut pembeli akan menjelaskan baki harga saham. Sebaliknya sekiranya pembeli membatalkan pembelian, bayaran yang telah dibuat akan diambil oleh penjual. Opsyen dalam konteks ini hanya merujuk kepada pembeli sahaja, tidak kepada penjual. Contohnya, waran panggilan.
stock companykumpulan tetapKesenianDrama dan TeaterKumpulan teater yang sering mempersembahkan teater di sesebuah panggung secara tetap. Para pelakon kumpulan ini biasanya terdiri daripada orang yang sama. Kumpulan ini juga memberikan peluang kepada bakat baharu. Kelebihan kumpulan teater jenis ini ialah para petugasnya dapat melakukan kerja dengan pantas dan lancar kerana mempunyai pengalaman sedia ada.
democracydemokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan yang diasaskan oleh suara rakyat. Dalam sistem ini, rakyat berhak menentukan pemimpin yang layak untuk memegang kuasa pemerintahan dan pemimpin pula harus peka terhadap kehendak rakyat. Secara umumnya terdapat dua jenis sistem demokrasi, iaitu demokrasi langsung dan demokrasi tidak langsung. Pada masa kini demokrasi langsung tidak lagi diamalkan dan yang wujud hanya demokrasi tidak langsung atau dikenali sebagai demokrasi berperwakilan. Demokrasi berperwakilan diamalkan dalam dua bentuk yang utama iaitu demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Sistem pemerintahan demokrasi memberi peluang penyertaan rakyat secara langsung atau tidak langsung dalam urusan pemerintahan. Rakyat diberi ruang yang cukup luas untuk melibatkan diri dalam proses politik sama ada secara individu atau organisasi. Idealisme demokrasi ini berkembang di negara kota Athens, Greek yang mengamalkan demokrasi langsung seperti yang dipopularkan oleh Socrates. Contohnya, New Zealand merupakan negara yang mengamalkan

Kembali ke atas