Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ga.ma] | اݢام

Definisi : 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa); beragama 1. mempunyai agama, menganut sesuatu agama: orang Melayu ~ Islam; 2. mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pd agama, beribadat: memang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara yg tidak ber­dasarkan agama kita; 3. bp terlalu sangat mementingkan, gemar benar, memuja-muja: ~ kpd harta benda; mengagamakan menjadikan sesuatu sbg agama; keagamaan perihal agama, (hal-hal) yg berkaitan dgn agama: sastera ~; semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ga.ma] | اݢام

Definisi : kepercayaan kpd kuasa tertinggi yg menjadikan dan menguasai alam ini serta dgn ajaran dan kewajipan yg berkaitan dgn kepercayaan itu: ~ Islam. beragama 1 menganut atau mempercayai sesuatu agama: Kebanyakan orang Melayu ~ Islam. 2 mematuhi segala ajaran agama; taat kpd agama; beribadat: Beliau sangat kuat ~. keagamaan (hal, perkara dsb) yg berkaitan dgn agama: Perasaan ~ sangat kuat dlm sanubarinya. upacara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata agama

Puisi
 

Anak ayam turun enam,
     Satu mati tinggal lima;
Minta doa tetapkan iman,
     Minta mati dalam agama.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sariat palu memalu,
     hakikat balas membalas.

Bermaksud :

Kebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan. sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan; hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kependekan

Kependekan RumiKependekan JawiEjaan RumiPadanan Jawi
MAISماءيسMajlis Agama Islam Selangorمجليس اڬام إسلام سلاڠور
MAIPماءيڤMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Perakمجليس اڬام إسلام دان عادت ملايو ڤيراق
MAIKماءيکMajlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantanمجليس اڬام إسلام دان عادت استعادت ملايو كلنتن
MAIDAMمايدمMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganuمجليس اڬام إسلام دان عادت ملايو ترڠڬانو
KAGATكاڬتKor Agama Angkatan Tenteraكور اڬام اڠكتن تنترا
KAFAكافاKelas Agama dan Fardu Ainكلس اڬام دان فرض عين
JAWIجاويJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuanجابتن اڬام إسلام ولايه ڤرسكوتوان
JAISجاءيسJabatan Agama Islam Selangorجابتن اڬام إسلام سلاڠور
JAIPKجاءيڤکJabatan Agama Islam Perakجابتن اڬام إسلام ڤيراق
JAIPجاءيڤJabatan Agama Islam Pahangجابتن اڬام إسلام ڤهڠ
12

Kembali ke atas