Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = hari raya ~ hari besar bagi umat Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah setiap tahun Hijrah, hari raya haji, hari raya Korban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Adakah anda bermaksud : Aidiladha

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aidiladha


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, nak tanya... Selamat Hari Raya Aidiladha atau selamat hari raya Aidiladha ya?Penggunaan huruf yang betul ialah: Selamat Hari Raya Aidiladha Ejaan04.08.2023
Saya memerlukan nasihat: 1) Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'menyambut' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan. atau 2) Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'sambutan' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan. Soalan saya. i) Adakah kedua-dua ayat di atas gramatis? ii) Wujudkah perbezaan konteks antara kedua-dua perkataan tersebut (yang digunakan dalam ayat)? Terima kasih1. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, sambutan bermaksud penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll):Oleh itu, ayat yang betul ialah Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'sambutan' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan.Ejaan04.12.2018
Yang mana satu betul untuk maklumkan kepada orang ramai: 1.Selamat Hari Raya Idul Adha 2.Selamat Hari Raya Aidiladha 3. Selamat Hari Raya Eidul’ AdhaEjaan yang betul ialah Selamat Hari Raya Aidiladha.Ejaan25.09.2012
Mengapa ada sebilangan pengguna bahasa yang berdegil mengeja Iduladha dan Idulfitri sedangkan dalam Kamus Dewan jelas penggunaan dan pengejaan telah dimelayukan menjadi Aidiladha dan Aidilfitri?

Ejaan yang betul ialah Aidilfitri dan Aidiladha. Pengguna bahasa Melayu sewajarnya merujuk Kamus Dewan untuk  mengeja kata yang betul.

 

Ejaan30.11.2009
As salam tuan di talian, Apakah terjemahan yang tepat untuk frasa "garage sale" dan "car boot sale" dalam bahasa Melayu. Salam Aidiladha dan selamat bertugas. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.Istilah yang dicadangkan ialah: "garage sale" = jualan garaj, "car boot sale" = jualan but kereta.Penyemakan dan penterjemahan01.10.2015
As salam tuan di talian, Betulkan penggunaan perkataan memperbaiki atau perbaiki dalam ayat di bawah. 1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaiki karangannya yang lemah itu. atau 2. Saya akan perbaiki karangan saya yang lemah ini. Sekian terima kasih dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaik karangannya yang lemah itu.

2. Saya akan baiki karangan saya yang lemah ini.
Tatabahasa01.10.2014
Saya ada satu kemusykilan. Ayat yang mana satukah yang betul; 1) Adalah dimaklumkan bahawa, 2) Adalah dimaklumkan, (Tanpa perkataan 'bahawa') Sekian, terima kasih Ayat yang betul ialah Dengan ini dimaklumkan bahawa Adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja. Adalah dimaklumkan (salah). Bahawa ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu).  Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha.Tatabahasa13.05.2011
1. Sila jelaskan perbezaan untuk kosa kata di bawah ini kerana sukar mendapatkan satu kepastian~'kewajiban' dengan 'kewajipan' DAN 'perburu' dengan 'pemburu'. 2. Yang manakah betul~ a. Dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa b. Dengan ini dimaklumkan c. Adalah dimaklumkan dengan ini d. Dengan ini dimaklum bahawaPenggunaan yang betul:

1. Kewajipan dan kewajiban membawa maksud yang sama iaitu:
 a) Sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan. b) Tugas (tanggungjawab) yang harus dilakukan atas perintah.

2. Perburu ialah orang yang berburu, manakala pemburu ialah orang yang memburu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 115 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

3.  Ayat yang betul ialah Dengan ini dimaklumkan bahawa…  Adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja. Adalah dimaklumkan (salah). Bahawa ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu).  Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha.
Tatabahasa28.09.2015
Salam, Manakah lebih gramatis: Nota: Huruf besar untuk penekanan sahaja. (1a) "... DI DALAM ayat tersebut ..." ATAU "... DALAM ayat tersebut ..." (1b) "... DI DALAM minda kita ..." ATAU "... DALAM minda kita ..." (2) " ... implikasi yang menakutkan IALAH BAHAWA dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ....", ATAU " ... implikasi yang menakutkan ADALAH BAHAWA dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ...." Mohon sedikit penjelasan. Terima kasih

a)    Penggunaan kata sendi nama “di dalam” - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama  yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama “dalam” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Jawapannya "dalam ayat" dan "dalam minda kita".

 

b)    Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Kata "bahawa"  ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu).  Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha. Jawapannya: " ... implikasi yang menakutkan adalah dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ...."

Tatabahasa26.07.2020

Kembali ke atas