HILANG AKAL | | UMUM | |
MUKTAZILAH | Muktazilah ialah nama sebuah kumpulan Islam yang banyak menggunakan hujah akal dalam usul-usul agama, dalil-dalil dan kiasan hukum yang lain. Aliran pemikiran ini wujud sejak zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah. | UMUM | |
ILMU KALAM | Ilmu kalam ialah ilmu yang menitikberatkan persoalan akidah Islam dan mempertahankannya, di samping menolak keraguan yang timbul mengenainya berpandukan logik akal dan bukti- bukti, dengan menggunakan istilah-istilah, kaedah analisa dan falsafah.
| UMUM | Umum |
TILMISANIY, AL-SYARIF AL- | Tilmisaniy, al-Syarif al- (710–771 H / 1310– 1370 M.), ulama fiqh dan usul fiqh bermazhab Maliki yang mendalami ilmu-ilmu wahyu dan ilmu akal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn Ahmad ibn Ali al-Alwani al-Syarif al-Tilmisani. Dia dibesarkan di Tilmisan dalam sebuah keluarga ilmuwan dan ternama. Dia mendapat bimbingan serta tunjuk ajar ilmu al-Qur’an daripada al-Syeikh Abu Zaid ibn Ya`qub dan mempelajari ilmu lain daripada al-Qadhi Abu ‘Abdullah ibn Hadiyah al- Qursyi, Abdullah al-Mujasi dan al-Qadhi al-Tamimi. | UMUM | |
MANUSIA | Manusia ialah sebaik-baik dan semulia-mulia makhluk Allah di muka bumi antara semua kejadian-Nya. Allah mencipta manusia dan menjadikan kejadiannya sama dan seimbang. Manusia didatangkan dalam bentuk yang elok dan seragam serta dikurniakan dengan akal dan pertuturan yang dapat membezakannya daripada makhluk yang lain. | UMUM | |
KHURAFAT | Khurafat, kepercayaan karut, tahyul atau dongeng. Ia juga dikaitkan dengan “kata-kata yang tidak diterima akal”. | AGAMA | Konsep |
SEMMELWEIS, IGNAZ PHILIPP | Semmelweis, Ignaz Philipp (1818–1865) ialah doktor Hungary yang pertama menggunakan kaedah antiseptik secara meluas ketika kelahiran bayi. Di Hospital Besar Vienna, dia menyedari bahawa demam nifas yang biasanya membunuh 12 orang daripada setiap 100 orang ibu, adalah penyakit berjangkit dan doktor sendiri menyebabkan penyakit ini merebak jika mereka tidak membasuh tangan semasa merawat pesakit. Semmelweis dicemuh kerana ideanya yang tidak masuk akal, tetapi dia tetap dengan pendiriannya dan pada tahun 1860 menerbitkan karya klasiknya, berjudul The Etiology, Concept and Prophylaxis of Childbirth Fever . Penentang idea ini menyerangnya sekeras-kerasnya, dan pertelingkahan ini akhirnya menyebabkan Semmelweis diserang sakit mental. Pada tahun kematian Semmelweis, Joseph Lister mencuba operasi antiseptik yang pertama dan tidak lama kemudian disahkan bahawa hipotesis Semmelweis adalah benar. Semmelwies lahir di Budapest. | UMUM | |
PAK KADUK | PAK KADUK, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Pak Kaduk melalui “Cerita Pak Kaduk” membawa watak bodoh sial. Dia bernasib baik tetapi rezeki tidak di pihaknya kerana sifat tamaknya. Dia juga tidak boleh dianggap bodoh seperti Pak Pandir kerana dia berdaya menggunakan akal supaya mendapat manfaat daripada usaha yang dilakukan. Malangnya tindakan yang diambil setelah membuat pertimbangan tidak sesuai dengan keadaan sebenar, menyebabkan dia kerugian, iaitu ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. | SASTERA | Karya |
MITOS | MITOS, cerita yang memberi keterangan tentang suatu tanpa diketahui siapa pengarangnya. Mitos berakar umbi daripada sesuatu kepercayaan masyarakat semasa masyarakat itu masih dalam keadaan primitif. Mitos merupakan percubaan masyarakat itu memberi keterangan tentang sesuatu yang berlaku dalam alam sekelilingnya, seperti apabila seorang dewasa cuba menjawab soalan daripada seorang kanak-kanak. Keterangan yang diberikan adalah sesuai dan selaras dengan tahap pemikiran yang dicapai oleh masyarakat semasa mitos itu diciptakan. Keterangan yang diberikan dalam mitos itu juga diterima oleh akal masyarakat tersebut. | SASTERA | Kepercayaan |