Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ak.ro.nim] | اکرونيم

Definisi : kependekan yg terbentuk drpd ga­bung­an huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sbg satu perkataan (mis RISDA, MARA); mengakronimkan menjadikan bentuk ak­ronim; pengakroniman perihal atau proses mem­ben­tuk akronim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akronim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan saya, mengapa akronim FELDA, FELCRA dan MADA diterima sebagai akronim bahasa Melayu sedangkan perkataan tersebut merupakan gabungan perkataan bahasa Inggeris? soalan kedua, MADA merupakan akronim bagi Muda Agricultural Development Authority (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda). Bagaimana gabungan perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ini boleh diterima sebagai satu nama perbadanan dan sebagai akronim oleh DBP?Akronim wujud dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Untuk makluman saudara, tidak ada badan yang berwenang dalam negara ini boleh memberikan pengiktirafan dalam penjenamaan sesebuah jabatan/agensi kerajaan. Namun dalam disiplin ilmu bahasa buku Tatabahasa Dewan menetapkan kaedah pembentukan akronim yang betul dalam bahasa Melayu. Jika saudara hendak mengambil contoh pembentukan akronim yang betul ambillah contoh ADUN, Perhilitan dan Bernama.Tatabahasa06.03.2013
Saya ingin bertanya berkaitan akronim. berdasarkan Tatabahasa Dewan, akronim ialah gabungan perkataan huruf awal dan suku kata daripada satu rnagkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar contoh Bernama, Mara, ubahsuaii. berdasarkan satu kenyataan dalam Khidmat Nasihat DBP pada 2013 (rujuk lampiran) RTM, KPM, BPR turut disenaraikan dalam akronim. Saya agak keliru sedikit. Bukankah akronim harus diujarkan sebagai satu perkataan? Maka apakah beza akronim dan singkatan? Mohon prncerahan.Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna. Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain).
Lain-lain06.09.2015
Salam. Adakah huruf ringkas merupakan sejenis akronim? Atau adakah akronim hanya terhad kepada singkatan yang dibaca mengikut ejaan sahaja seperti "UMNO" dan "UNESCO", tetapi bukan huruf ringkas yang dibaca dengan cara mengeja seperti "SKMM" dan "WHO". Terima kasih.

Kata nama akronim merupakan perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata atau bahagian-bahagian daripada perkataan.

 

Kata nama akronim boleh dibahagiakan kepada sekurang-kurangnya empat jenis, iaitu:

1. Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan. Contohnya, “ADUN” (Ahli Dewan Undangan Negeri)

2. Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. Contohnya, “Perhilitan” (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)

3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan. Contohnya, “Bernama” (Berita Nasional Malaysia)

4. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya. Contohnya, “jentolak” (jentera tolak)

Tatabahasa13.02.2022
Bagaimana cara menulis akronim dengan betul bagi nama agensi yang akronim rasminya adalah dalam bahasa Inggeris. Saya lihat akhbar mengejanya dengan meletakkan akronim bahasa Inggeris itu selepas nama agensi tanpa menulis nama agensi itu dalam bahasa INggeris terlebih dahulu seperti "Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)". Adakah cara itu betul? Agensi saya menulis begini; "Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency (MQA))" yang mana saya rasa tidak perlu, apatah lagi dengan dua tanda tutup kurungan yang - oleh kerana ia agak hodoh - digantikan dengan tanda koma dan menjadi begini "Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)" yang saya rasa punya kesalahan daripada segi gaya. Mohon nasihat tuan/puan. Terima kasih.Akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yg boleh diujarkan sebagai satu perkataan (mis RISDA, MARA); mengakronimkan menjadikan bentuk akronim; pengakroniman perihal atau proses membentuk akronim. Sehubungan dengan itu, akronim sepatutnya dibina berdasarkan pola yang betul. Berkenaan akronim yang ditulis akhbar bahasa Inggeris, itu di luar bidang kuasa kami. Apa yang pihak kami boleh buat, hanya membuat teguran atas kesilapan yang telah dilakukan. Selebihnya, terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan. Berkenaan masalah yang pihak tuan hadapi, mungkin tuan boleh merujuk buku Gaya Dewan, halaman 75-76 kerana di dalamnya ada diterangkan kegunaan tanda kurung dengan lebih terperinci.Tatabahasa05.11.2015
Boleh pihak DBP bezakan antara akronim dengan singkatan frasa contoh perkataan ABIM..LKIM..ADUN.LUTH.ini ialah akronim..sedangkam PkP, SOP DASAR WAWASAN NEGARA (DEN)dikira sebagai singkatan kata.TERIMA KASIHKata nama akronim merupakan perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan terdiri daripada huruf, suku kata atau bahagian-bahagian daripada perkataan.

Kata nama akronim boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

1. Akronim dibentuk dengan menggabungkan huruf awal sesuatu rangkai kata:
    Contoh: "ADUN" (Ahli Dewan Undangan Negeri)

2. Akronim dibentuk dengan menggabungkan suku kata dan huruf awal sesuatu            rangkai kata:
    Contoh: "Perlihitan" (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)

3. Akronim dibentuk dengan menggabungkan suku kata sesuatu rangkai kata:
    Contoh: "Bernama" (Berita Nasional Malaysia)

4. Akronim dibentuk dengan menggabungkan bahagian awal perkataan pertama   
    dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.
    Contoh: "jentolak” (jentera tolak)

Manakala singkatan pula bermaksud sesuatu yang disingkatkan, kependekan, ringkasan.

Contoh:
"Encik" (En.)
"Yang Berbahagia" (YBhg.)
"Tengah Hari" (Tgh.)


Tatabahasa09.11.2022
Akronim terkini bagi pengajaran dan pembelajaranDalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, frasa "Pengajaran dan Pembelajaran" ditulis penuh. Bagaimanapun, jika ada keperluan meringkaskan frasa tersebut, ejaan yang betul ialah "PdP" kerana dari segi ilmunya dalam penulisan perkataan tidak digabungkan dengan simbol, seperti ejaan P&P dan PnP lebih mirip kepada sebutan dalam bahasa Inggeris (and).

Tatabahasa16.05.2017
adakah penggunaan akronim dapat digunakan secara meluas dalam bahsa melayu?? adakah akronim yang kita guna hendaklah diketahui oleh umum??Penggunaan akronim dalam bahasa Melayu tidaklah meluas dan kebanyakan bentuk yang ada pun hanya merujuk pertubuhan dan institusi contohnya seperti RISDA dan MARA. Antara kelebihan penggunaan akronim ialah untuk memudahkan orang ramai menyebut dan mengingati sesuatu institusi itu. Lain-lain20.12.2008
Selamat pagi, pertanyaan saya berbunyi begini. Penggunaan singkatan atau akronim ( UKM, SPRM, TVET). Bagaimanakan penggunaan singkata atau akronim yang betul bagi mencetak sepanduk atau kain rentang yang betu? Adakah boleh terus dengan sinkatan atau akronim atau perlu menulis sepenuh ayat kemudian singkatan atau akronim ditulis dalam kurungan cth: TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION TRAININ (TVET). Sekian terima kasih

Bagi sepanduk atau kain rentang, singkatan atau akronim rasmi sesebuah institusi itu boleh digunakan (contoh: UKM, SPRM, DBP). Walau bagaimanapun, untuk singkatan TVET, perlu dinyatakan nama bahasa Melayu terlebih dahulu, iaitu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Tatabahasa14.11.2019
ASSALAMUALAIKUM mohon penjelasana berkenaan akronim dalam tulisan jawi dahulu saya menggunakan panduan akronim bahasa melayu ditulis pangkal huruf dalam huruf jawi seperti .د. ب. ڤ manakala akronim dalam bahasa inggeris dieja panggal huruf jawi seperti .دبليو. ايچ. او who baru ini saya menyertai kursus jawi oleh seorang munsyi menyatakan akronim bahasa melayu dan inggeris perlu di eja pangkal huruf . ada perubahan terkini katanya. mohon penjelsan

Untuk makluman tuan, terdapat perbincangan berhubung dengan penulisan singkatan dalam tulisan Jawi.  Bagi memudahkan membaca dan memahami singkatan, ejaan tersebut dieja dengan huruf Rumi dalam Jawi yang terpakai bagi singkatan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Contohnya: 
 

.دي. بي.ڤي  = DBP

.دبليو. ايچ. او = WHO

Lain-lain09.03.2020
Apakah makna Akronim dalam Bahasa Melayu dan jenis-jenis Akronim serta contohnya?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. Makna22.01.2008
12345678910...

Kembali ke atas