Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alasan

Peribahasa

Apa sakit berbini janda,
     anak tiri boleh disuruh.

Bermaksud :

Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah alasan atau penerangan yang boleh diterangkan kepada penanya penggunaan banyak kepada orang? Masih boleh gunakan ramai kepada orang? Terima kasih.

Jawapannya 'banyak' boleh digunakan untuk orang. Harap maklum.

Tatabahasa03.06.2008
contoh dan alasan frasa dua objek. objek tepat dan objek sipiDalam binaan ayat, objek yang mengikuti secara langsung kata kerja disebut objek tepat, sementara objek yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi, contoh ayat: Hasnah membelikan Asri sebuah buku. Asri - objek tepat dan sebuah buku - objek sipi. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 195.Tatabahasa28.10.2010
1.apakah alasan kesalahan bagi ayat pengetua akan berbincang tentang program kecemerlangan sahsiah murid kepada semua guru dalam mesyuarat di minggu hadapanAyat yang betul ialah Pengetua akan berbincang tentang program kecemerlangan sahsiah murid dengan semua guru dalam mesyuarat yang akan diadakan pada minggu depan.Tatabahasa15.02.2010
Kata tanya (apa/siapa/bila/mengapa/mana) tidak boleh hadir dalam ayat penyata. Alasan yang diberikan adalah pengaruh daripada sintaksis bahasa Inggeris. Apakah alasan ini benar?Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Oleh itu, kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata. Alasan pengaruh bahasa Inggeris benar sekiranya kata tersebut digunakan dalam ayat penyata.      Tatabahasa16.07.2008
Adik suka mencari alasan apabila disuruh membuat kerja oleh ibu. Tuan, adakah susunan bahasa dalam ayat di atas betul? atau perlu begini; Adik suka mencari alasan apabila disuruh oleh ibu membuat kerja .Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa15.06.2012
Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Walau bagaimanapun, saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana tiada alasan kukuh. Bolehkah pihak DBP memberikan alasan atau sebab kenapa ayat ini betul. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. a) Kenapakah perkataan 'dilibas' betul sedangkan kipas siling itu sedang berputar dan ia benda yang tidak hidup. Kalau manusia atau benda hidup barangkali betul sebab 'pelaku' kepada perbuatan itu. b) Jika penggunaan istilah 'libas' itu betul mungkinkah penggunaan istilah 'libasan' atau 'terlibas' lebih sesuai? Mohon penjelasan. Terima kasih :-)Pendapat tuan boleh diterima kerana dilibas bermakna pelaku melakukan perbuatan melibas. Perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan dilibas ialah frasa terkena libasan kipas. 

Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya terkena libasan kipas angin kerana berdiri di atas meja.
Tatabahasa21.07.2013
Manakah yang benar 1. Belakangan 2. Kebelakangan Nyatakan alasan. Terima kasih

Kedua-duanya betul dan membawa maksud yang sama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Lain-lain13.05.2010
ADAKAH ISU BAHASA MELAYU MENJADI BAHASA MALAYSIA TELAH DITUKAR?APAKAH ALASAN PENUKARAN TERSEBUT?Pertukaran bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia telah diputuskan oleh kabinet. Keputusan ini dibuat oleh kabinet bertujuan untuk membantu menyemai rasa kekitaan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum. Timbalan Perdana Menteri menyatakan rasionalnya ialah untuk tujuan perpaduan, penggunaan integriti dan bersatu hati. (Rujuk Berita Harian, SElasa 5 Jun 2007)Lain-lain12.07.2007
saya nak pastikan adakah soalan ini betul. Jika betul sila nyatakan alasan. Soalan : Menara Kuala Lumpur iitu sangat tinggi sekali.Kata penguat bebas iaitu amat,sungguh, dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat belakang sekali.Oleh itu soalan tuan/puan adalah betul.Tatabahasa12.07.2007
tak bolehkah bersifat tetap. mcm bhs inggeris x ada perubahan. kalau alasan nak memartabatkn bhs,kena lah tetapkn bhs, seolah2 mcm x tentu dgn bhs kebangsaan sendiri sehingga sentiasa berubah.Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada saudara atas pandangan menarik yang diberikan berkaitan bahasa kebangsaan negara. Sebenarnya untuk makluman saudara, setiap bahasa yang ada di dunia berubah mengikut peredaran masa dan turut berubah selagi manusia berbudaya. Bahasa Inggeris juga turut berubah mengikut perkembangan. Mohon jasa baik saudara untuk mengemukakan apakah perubahan yang dimaksudkan agar pihak kami dapat sama-sama berkongsi maklumat untuk bersama-sama kita mengangkat martabat bahasa kebangsaan negara kita. Terima kasih.Lain-lain27.10.2006
12345678

Kembali ke atas