pole | kutub | Mekanik | Gunaan | 1. Alasan bagi sistem koordinat kutub. Titik alasan itu merupakan silangan di antara paksi-r dengan paksi-q. 2. Titik rujukan yang digunakan apabila menentukan nilai momen sifatekun kutub. Lihat juga momen sifatekun kutub. |
military necessity | keperluan ketenteraan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Alasan sah yang digunakan untuk melakukan serangan terhadap sasaran ketenteraan, walaupun serangan tersebut secara tidak langsung boleh menyebabkan kesan buruk kepada populasi dan objek awam. Alasan sah tersebut boleh digunakan kerana tanpa serangan tersebut matlamat ketenteraan tidak akan dapat dicapai. Prinsip ini terpakai dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Contohnya, sekiranya musuh mempertahankan diri dengan menggunakan perisai manusia yang terdiri daripada orang awam, alasan keperluan ketenteraan boleh digunakan oleh pihak tentera untuk menentang musuh tersebut. Dalam hal ini, serangan tersebut perlu dilakukan demi mencapai matlamat ketenteraan walaupun orang awam mungkin akan tercedera. |
grounds of objection | alasan bantahan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
rule of reason | peraturan ikut alasan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
motive | motif | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sebab, alasan atau faktor yang mendorong seseorang untuk melakukan jenayah. Motif boleh dalam bentuk positif atau negatif. Motif yang positif tidak mencerminkan niat yang positif. Contohnya, perbuatan memandu melebihi had laju untuk tujuan menyelamatkan nyawa seseorang, masih dianggap sebagai satu kesalahan dengan niat walaupun dilakukan dengan motif yang baik. |
acoustic centre | pusat akustik | Fizik | Akustik | Titik yang menunjukkan alasan sumber bunyi. |
rationalism | rasionalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang bersandarkan alasan yang diterima akal, logik dan berasas. Lihat juga rasionalisasi. |
mistake of fact | kesilapan fakta | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kekhilafan mengenai sesuatu perkara selain daripada kesilapan undang-undang. Kesilapan fakta boleh menjadi alasan atau pembelaan oleh pihak tertuduh bagi mengelakkan tanggungjawab jenayah. Kesilapan fakta hendaklah membatalkan elemen mens rea (niat jahat), seperti kesilapan identiti mangsa. Contohnya, dalam undang-undang jenayah antarabangsa, seorang penempur yang menyangka sasarannya ialah seorang musuh, dan menyerang sasaran tersebut tetapi kemudiannya mendapati mangsa ialah orang awam yang dilindungi oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Penempur yang tidak mempunyai niat untuk mensasarkan orang awam tersebut boleh menjadikan kesilapan fakta sebagai satu alasan jika dia didakwa di mahkamah. |
justifiable homicide | pembunuhan berkewajaran | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan membunuh yang mempunyai alasan yang dibenarkan sama ada oleh undang-undang atau moral. Contohnya, dari sudut undang-undang jenayah, seseorang yang dituduh membunuh boleh membela diri dengan membangkitkan pembelaan pertahanan persendirian. |
empirical therapy | terapi empirik | Farmasi | Farmakologi | Terapi yang digunakan apabila rawatan telah dimulakan sebelum diagnosis terhadap pesakit disahkan. Alasan yang biasa diberikan bagi memulakan terapi empirik ialah penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan diagnosis serta mengambil masa yang lama, dan penangguhan sesuatu rawatan boleh membahayakan pesakit. Terapi ini sesuai untuk individu yang sihat dan berumur kurang daripada 45 tahun, sebelum memulakan penilaian diagnostik. |