Salam Sejahtera, Kami memerlukan khidmat alih bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia untuk dokumen syarikat. Adakah DBP mempunyai khidmat alih bahasa dan sekiranya ada, sila kemukan sebut harga untuk khidmat tersebut. Sekian terima kasih, Yan | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak ada menyediakan perkhidmatan alih bahasa atau penterjemahan. Sila rujuk Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) atau Persatuan Penterjemahan Malaysia untuk perkhidmatan tersebut. Terima kasih.
| Lain-lain | 20.02.2018 |
saya ingin bertanya adakah pihak DBP ada menyediakan khidmat alih bahasa daripada bahasa inggeris ke bahasa melayu | DBP tidak menyediakan perkhidmatan alih bahasa. Untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506. | Lain-lain | 05.05.2017 |
ingin mengetahui jika kamus dewan ada menyediakan khidmat alih bahasa dari bahasa inggeris ke bahasa melayu | Saudara, Untuk membuat alih bahasa daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, saudara boleh merujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan atau layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu melalui Laman Web Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 04.09.2009 |
Alih Bahasa yang paling tepat bagi 'Group Brand & Communication'. i) Jenama & Komunikasi Kumpulan; atau ii) Kumpulan Jenama & Komunikasi | Pada pandangan kami, cadangan tuan yang pertama, iaitu "Jenama dan Komunikasi Kumpulan" boleh digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.12.2014 |
Mencari alih bahasa sesuai untuk perkataan: 1. Corporate Service 2. Quality Assurance and reliability | 1. corporate service - perkhidmatan korporat 2. quality assurance and reliability - jaminan kualiti dan kebolehpercayaan | Istilah | 26.05.2011 |
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga DBP! Penggunaan kata "alih" dan "beralih" I Pusat pentadbiran syarikat PMSE telah beralih ke Kota Damansara. II Perbualan mereka beralih ke perkara yang lain. III Zaki alih-alih ke tempat yang lebih teduh. IV Encik Mokhtar bekerja sebagai alih bahasa. Ayat yang manakah betul? Terima kasih | Ayat pertama dan kedua adalah betul. | Tatabahasa | 08.08.2013 |
Saya ingin bertanya alih bahasa untuk permainan catur seperti berikut, dan adakah ayat didalam kurungan masih digunapakai? 1. Pawn (bidak) 2. Knight (kuda) 3. Bishop (gajah) 4. Rook (tir) 5. Queen (menteri) 6. King (raja) 7. Check (shah atau syah) 8. Checkmate (shahmat atau syahmat) 9. Castling 10. en passant Terima kasih | Berikut padanan yang sesuai untuk menjawab pertanyaan pihak tuan: 1. Pawn (bidak) 2. Knight (kuda) 3. Bishop (gajah) 4. Rook (tir) 5. Queen (menteri) 6. King (raja) 7. Check (mat) 8. Checkmate (mengemat) 9. Castling (tir) 10. en passant (sambil lalu) Tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 13.02.2018 |
Salam Sekiranya saya nak alih bahasa perkataan 6 pieces ke BM, akan jadi 6 biji. Perlukah tanda dash atau tidak? 6 biji atau 6-biji Mohon pencerahan. Terima kasih. | Wassalam... Berdasarkan soalan diatas, TIDAK perlu tanda sempang. Antara fungsi tanda sempang (-) digunakan bagi memisahkan antara perkataan dengan angka (contoh: DYMM YDA ke-15,) dan antara huruf besar dengan huruf kecil (cpontoh: kita berserah kepada-Nya).Oleh itu, Saya cadangkan 6 biji ditulis enam biji (angka dibawah 10 dieja dengan perkataan). Sekian. | Tatabahasa | 18.05.2018 |
Salam, Mohon bantu untuk alih bahasa inggeris bagi jabatan di bawah. Adakah tepat seperti di dalam () Integrated Waste Management - (Pengurusan Sisa Pepejal Berintegrasi) Recycling & Waste Treatment Technology - (Jabatan Kitar Semula dan Teknologi Rawatan Sisa) Sales & Business Development - (Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Jualan) Insfrastructure Cleansing Services - (Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur) | Terjemahan yang sesuai bagi: 1. Integrated Waste Management - (Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu) 2. Recycling & Waste Treatment Technology - (Teknologi Rawatan Sisa Pepejal dan Kitar Semula) 3. Sales & Business Development - (Pembangunan Perniagaan dan Jualan) 4. Insfrastructure Cleansing Services - (Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur) | Makna | 27.04.2018 |
Ingin perkataan tepat alih bahasa ke Bahasa Malaysia bagi jabatan Procurement, Facility and Administration sila bantu. Terima kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi Procurement, Facility and Administration ialah Jabatan Perolehan, Kemudahan dan Pentadbiran. | Makna | 15.02.2019 |