Aman Sah Abu Bakar 07:48 Aman Sah Abu Bakar Aman Sah assalam saya wakil dr sk telok gong...kami ingin mencari dato kemala utk menjemput beliau ke majlis makan malam jubli emas sekolah kami...beliau merupakan bekas guru di sekolah kami...apa cara kami untuk menghubungi beliau atau ada cara sila maklumkan saya...URGENT... | Wa alaikumussalam. Alamat yang kami ada: YBhg. SN Dato' Dr. Haji Ahmad Khamal Abdullah, 321 Jalan Sepakat 8, Taman United, 58200 KUALA LUMPUR dato_kemala@yahoo.com 0122029130 | Lain-lain | 11.11.2016 |
Aman Aaron salam, saya nak bertanya apa maksud ' MELESTARI '. Boleh terjemahkan.. | Pembentukan kata yang betul ialah melestarikan yang bermaksud menetapkan dan mengekalkan. | Makna | 29.05.2014 |
Semua murid Tahun Tiga Aman. atau Semua Murid Tahun Tiga Aman. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Semua murid Tahun Tiga Aman. Nama kelas ditulis dengan huruf besar kerana dianggap nama khas. | Ejaan | 29.05.2017 |
1." Saya berasal daripada keluarga yang aman" dan " Ali sekeluarga berasal daripada keluarga yang aman" Minta Tuan beri pendapat sekiranya terdapat kesilapan pada ayat di atas. 2."mi laksa" adakah perkataan ini boleh digunakan bersama? | 1. Kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat daripada aspek pemilihan katanya. Kata 'aman' bermaksud tenteram dan sentosa lazimnya digunakan dalam konteks negara, seperti dalam ayat 'Malaysia merupakan negara kecil tetapi aman dan makmur; dan tidak digunakan dalam konteks keluarga. Begitu juga dengan penggunaan kata 'berasal' dalam ayat tersebut, lazimnya merujuk asal usul keluarga daripada golongan miskin, kaya, atau keturunan mulia, hina dan sebagainya. 2. Mi dan laksa adalah sejenis makanan yang berbeza antara kedua-duanya. Penggunaannya berdasarkan jenis masakan yang disediakan sama ada mi atau laksa. | Tatabahasa | 09.03.2011 |
mewarnai dengan selamat - tukar mewarnai dengan aman(ikut indonesia sebab bahasa indonesia) | BM terus kekal "Mewarnai dengan selamat" bukan mewarnai dengan aman | Lain-lain | 03.04.2007 |
Mohon pengesahan mana yang betul. MAJLIS KONVOKESYEN IPG KAMPUS DARUL AMAN KALI KE-19 TAHUN 2010. Soalan: Perlu tak ada kali . | MAJLIS KONVOKESYEN IPG KAMPUS DARUL AMAN KE-19 TAHUN 2010 sudah memadai. | Tatabahasa | 22.04.2010 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya adakah aman damai itu merupakan kata ganda? Terima kasih | Kata aman damai digolongkan sebagai kata adjektif majmuk. Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Antara kata adjektif yang lain ialah buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Kata Adjektif Majmuk, sila rujuk buku Tatabahasa Bahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 242-247. | Tatabahasa | 07.08.2020 |
Bagaimana bezakan "kelam-kabut" dan "huru-hara"? Keadaan politik "kelam-kabut" atau "huru-hara"? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, huru-hara bermaksud keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau seperti dalam contoh ayat; Jika rakyat bersatu padu, huru-hara tidak mungkin berlaku. 2. tidak aman; kacau-bilau: Negeri yang dahulunya aman sentosa itu telah menjadi huru hara. Perkataa kelam-kabut pula bermaksud tidak tentu hala; tidak teratur; kacau-bilau. berkelam-kabut dalam keadaan kelam-kabut; melakukan sesuatu dengan tidak teratur. Berdasarkan mkasud tersebut, penggunaan yang betul ialah keadaan politik kelam-kabut jika merujuk keadaan politik yang tidak teratur pengurusannya. | Tatabahasa | 19.10.2017 |
Assalamualaikum Sebenarnya saya cukup minat membaca Munsyi Bahasa oleh Muhammed Salehudin Aman dalam TUTOR yang disisipkan bersama akhbar Utusan Malaysia. Adakah terdapat sebuah buku tentang tulisan beliau itu? Saya ingin membelinya. Terima kasih. Zol kepli Yahaya | Kumpulan tulisan Munsyi Bahasa yang disiarkan dalam TUTOR oleh Encik Muhammad Salehudin Aman diterbitkan dalam buku bertajuk Mari Kita Berbahasa Jilid 1 dan Jilid 2. Buku-buku ini diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise yang beralamat 7256, Jalan 18/10, tAMAN sRI sERDANG, 43300 Seri Serdang, Selangor. | Lain-lain | 07.10.2008 |
Negara kita stabil dan aman adalah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi. MUNSYI, adakah ayat segenap lapisan adalah salah dalam ayat ini? TK | Dalam Kamus Dewan edisi keempat, segenap bermaksud seluruh, sekalian, semua. Oleh itu, penggunaan segenap adalah betul dalam ayat yang diberikan. Ayat yang betul ialah: Negara kita stabil dan aman ialah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi. | Tatabahasa | 11.06.2012 |