MORFIN | Morfin ialah sejenis dadah yang digunakan untuk melegakan kesakitan yang amat sangat dan untuk mengubati beberapa masalah perubatan yang lain. Sesetengah orang menggunakan morfin kerana ia membuatkan mereka merasa lebih bahagia. | UMUM | |
KOLIK PENGECAT | Kolik pengecat yang kadangkala dikenali sebagai kolik plumbum ialah rasa sakit yang amat sangat di bahagian perut disebabkan keracunan plumbum. | UMUM | |
GILA | GILA, suatu keadaan mental yang tidak sihat atau tidak waras. Gila melambangkan tiga suasana atau keadaan. Suasana pertama, menggambarkan keadaan kesihatan iaitu seseorang itu dikatakan tidak sihat atau tidak waras fikirannya ekoran kerosakan yang berlaku pada otaknya, misalnya otak miring atau tiga suku dan gila isim. Suasana kedua, menggambarkan suatu keadaan yang lain daripada biasa ataupun yang tidak mengikuti kelaziman, misalnya seperti anyam gila iaitu suatu bentuk anyaman yang tidak menentu coraknya. Suasana ketiga, menggambarkan suatu keadaan yang asyik, sayang atau cinta yang amat sangat, misalnya gila bayang, gila talak, gila judi, gila pangkat dan gila perempuan. | BUDAYA | Penyakit |
MABUK GERAK | Mabuk gerak ialah keadaan rasa loya yang amat sangat, yang disebabkan oleh perjalanan. Pesakit menjadi pucat dan berpeluh. Pesakit boleh muntah sekiranya perjalanan berterusan. Kebayakan orang yang terjejas akibat mabuk gerak juga mengalami sendawa, sakit kepala, bersikap acuh tak acuh dan mengantuk. | UMUM | |
DEMAM SELESEMA | Demam selesema ialah sejenis infeksi saluran pernafasan atas. Ia merupakan penyakit yang merebak dengan amat meluas dan sangat lazim dihidapi. | UMUM | |
KARBUNKEL | Karbunkel ialah jangkitan kulit dan tisu di bawah kulit yang sangat sakit. Karbunkel ialah bonggol merah gelap yang hangat dan terasa amat sakit yang kelihatan seperti kelompok beberapa bisul. | UMUM | |
KUDIS BUTA | Kudis buta ialah sejenis penyakit kulit yang berjangkit yang menyebabkan rasa gatal yang amat sangat. | UMUM | |
TELINGA | Telinga ialah organ deria yang membolehkan kita mendengar. Pendengaran ialah salah satu deria yang sangat penting. Pendengaran membolehkan kita berhubung antara satu sama lain melalui pertuturan. Perkembangan pertuturan itu sendiri amat bergantung kepada pendengaran. Kanak-kanak belajar bercakap dengan cara mendengar dan kemudiannya meniru percakapan orang lain. | UMUM | |
SAM'ANIY, AL- | Sam’aniy, al- (506–562 H./1113–1167 M.) ialah pakar sejarah, salasilah dan keturunan serta ahli geografi. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Karim ibn Muhammad ibn Mansur al-Tamimiy al-Sam’aniy al- Maruziy. Dia juga dipanggil Abu Sa‘ad. Dia terkenal kerana telah banyak mengembara untuk menuntut ilmu dan mempunyai ramai guru. Ada pendapat yang mengatakan bahawa bilangan gurunya melebihi 5000 orang. Dia sangat tekun dalam pembacaan dan membuat kajian sehingga berjaya menghasilkan 50 buah buku. Antara hasil karangannya ialah Kitab al-Ansab, Tarikh Maru yang mengandungi lebih daripada 20 jilid, Kitab Tadhyil Tarikh Baghdad li al- Khatib, Tarikh al-Wafat li al- Muta’akhkhirin min al-Ruwat dan lain-lain. Dia juga amat mahir dalam bidang salasilah dan keturunan sehingga menulis buku Al-Ansab yang mencatatkan biografi tokoh-tokoh terkenal sama ada dari segi sejarah atau ilmiah. Dia menyusun nama mereka menurut susunan abjad. | UMUM | |
SPINOZA, BARUCH | Spinoza, Baruch (1632–1677) ialah ahli falsafah Belanda. Dia juga dikenali sebagai Benedict, iaitu nama Baruch dalam bahasa Latin. Spinoza lahir di bandar Amsterdam. Ibubapanya berketurunan Yahudi. Pada awalnya dia memperoleh reputasi sebagai seorang yang berfikiran bebas dalam hal agama dan oleh yang demikian dia disingkirkan oleh masyarakat Yahudi daripada mazhab mereka pada tahun 1656. Dia kemudian tinggal di beberapa buah bandar di Belanda, menyara hidupnya dengan bekerja sebagai pencanai kanta. Sepanjang kerjayanya, Spinoza merupakan penyokong fahaman liberalisme yang kuat dalam hal agama dan politik. Dia sangat menghargai kebebasannya, sehingga dia menolak tawaran wang persaraan daripada Raja Louis XIV dari Perancis, dan juga tawaran jawatan sebagai profesor universiti di Jerman. Walaupun dia dihormati oleh ramai orang, Spinoza merupakan seorang yang kontroversial sebab pandangannya yang amat menyimpang terhadap hal agama, falsafah, dan politik. | UMUM | |