HIKAYAT AMIR HAMZAH | | SASTERA | Karya |
AMIR AL-MUKMININ | Pemerintah kerajaan Islam. 'Amir' bermaksud ketua, manakala al-Mukminin pula ialah umat Islam. | AGAMA | Tokoh |
AMIR HAMZAH | Amir Hamzah (1911–1946), penyair Indonesia. Nama sebenarnya ialah Tengku Amir Hamzah Pangeran Indra Putra. Beliau dilahirkan di Tanjungpura, Langkat, Sumatera Utara pada 28 Februari 1911. | SASTERA | Tokoh |
AMIR SJARIFUDIN | AMIR SJARIFUDIN ( ? - 1948), tokoh politik revolusioner pada awal perjuangan kemerdekaan Indonesia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
AMIR HAMZAH | AMIR HAMZAH (1911-1946), penyair Indonesia yang digolongkan dalam Angkatan Pujangga Baru. | SASTERA | Konsep |
PERANG MISLUN | Perang Mislun atau Maysalun ialah peperangan orang Syria dengan penjajah Perancis. Perancis dan British telah membahagikan negara Syam kepada Syria, Lubnan, Palestin dan Jordan selepas Perang Dunia I (1914–1918 M.) mengikut Perjanjian Sykes–Picot. Perancis menjajah kawasan pantai Syria manakala bahagian pedalaman Syria diperintah oleh al-Amir Faysal. Perancis yang ingin menguasai keseluruhan Syria, telah menghantar Jeneral Gourand untuk berbincang dengan al-Amir Faysal. Dia meminta al-Amir Faysal menerima penyatuan Syria yang akan dibuat oleh Perancis dan beberapa permintaan lainnya. Kabilah-kabilah Arab di Syria menolaknya. Ini memaksa Jeneral Gourand memberi amaran secara bertulis kepada al-Amir Faysal supaya menerima tuntutan itu. Kerajaan al-Amir Faysal menerima amaran itu walaupun kabilah Arab tetap menolak tuntutan Perancis. | UMUM | |
SHAYKH JABIR AL-AHMAD AL-SABAH | Shaykh Jabir al-Ahmad al-Sabah (1926– ), menjadi amir (pemerintah) Kuwait pada tahun 1977. Dia ialah anak lelaki ketiga Shaykh Ahmad al-Jabir, yang memerintah Kuwait dari tahun 1921 hingga tahun 1950. | UMUM | |
TAWABI' WA AL-ZAWABI', AL- | Tawabi‘ wa al-Zawabi‘, al- ialah karya sastera yang ditulis oleh Abu Amir Ahmad ibn Abd al- Malik ibn Shuhayd al-Qurtubiy al-Andalusiy (382– 426 H.). Karya ini merupakan kisah khayalan yang menceritakan tentang pengembaraan dalam alam jin. Wiranya bertemu dengan sasterawan-sasterawan jin lalu dia mempelajari ilmu itu daripada mereka dan dalam cerita ini berlangsung perbincangan antara mereka. Beberapa bentuk kritikan dan humor yang terhad dimasukkan ke dalamnya. | UMUM | |
KELUARGA DIRAJA | Keluarga diraja ialah anggota keluarga raja berperlembagaan yang memerintah, – iaitu raja, ratu, maharaja, maharani, sultan, amir, atau raja berdaulat yang lain. Keluarga diraja dianggotai oleh seorang raja yang berkuasa dalam sebuah negara, dan juga anggota keluarganya yang terdekat – isteri atau suami, anak, cucu, adik-beradik dan ibu bapa. Keluarga diraja tidak semestinya sama dengan keluarga pemerintah sesebuah negara (mereka yang berkuasa ke atas sesebuah kerajaan). Di kebanyakan negara – United Kingdom contohnya– raja adalah ketua negara tetapi tidak memainkan sebarang peranan dalam pentadbiran kerajaan. Sesetengah keluarga pemerintah yang menguasai kerajaan pula tidak semestinya berdarah raja. Contohnya, keluarga pemerintah negara Kuwait bukanlah berdarah raja. Keluarga sebegini biasanya tidak mempunyai asal usul dari keturunan bangsawan sejak zaman nenek moyang lagi. | UMUM | |
NUFAYR IBN MALIK | Nufayr ibn Malik (?–80 H./?–699 M.) ulama hadith. Nama sebenarnya ialah al-Imam al-Kabir Nufayr ibn Malik ibn Amir Abu Abd al-Rahman al- Hadramiy al-Himsiy. Dia sempat mengenali Rasulullah s.a.w. dan mengunjungi Baginda seperti yang disebut oleh Ibn al-Athir. Dia meriwayatkan hadith daripada Abu Bakar (dipercayai kemungkinan dia pernah berjumpa dengan Abu Bakar), ‘Umar, al-Miqdad, Abu Dhar, Abu Darda, Aishah dan sahabat-sahabat lain. Hadith-hadith Nufayr ibn Malik diriwayatkan pula oleh anaknya Abd al-Rahman, Makhul, Khalid ibn Mi dan beberapa orang lagi. Dia tergolong dalam kalangan ulama hadith yang pakar. Hadithnya terdapat dalam semua kitab hadith kecuali kitab Sahih al-Bukhariy . Ini adalah kerana Nufayr ibn Malik meriwayatkan hadith daripada sahabat-sahabat tanpa berjumpa dengan mereka, sedangkan al-Bukhariy tidak menerima sesuatu hadith kecuali guru yang meriwayatkan hadith berjumpa sendiri dengan perawinya. Nufayar ibn Malik dikatakan meninggal dunia pada tahun 75 H. | UMUM | |