Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[am.mo.nia] | اممونيا

Definisi : (Kim) gas yg tidak berwarna, berbau sengit dan menusuk hidung, merupakan se­batian drpd hidrogen dan nitrogen (digunakan dlm pembuatan baja dll); terammonia telah bercampur dgn ammonia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[am.mo.nia] | اممونيا

Definisi : ist gas tidak berwarna, berbau sengit dan banyak digunakan dlm perusahaan bahan letupan, baja dan juga sbg bahan penyejuk utk peti ais. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ammonia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMMONIA KONTANG

Ammonia kontang ialah gas ammonia tulen

dalam bentuk cecair. Oleh sebab kandungan

nitrogennya tinggi – kira-kira 82 peratus– peladang

menggunakan ammonia kontang sebagai baja. Ia

boleh digunakan bersendirian atau dalam campuran

komersial yang mengandungi sebatian fosforus dan

kalium. Ia boleh berpadu dengan air untuk

membentuk larutan bagi membuat baja campuran.

Ammonia kontang juga digunakan sebagai bahan

penyejuk dalam simpanan sejuk dan loji pembuatan

ais. Ia dibuat dengan memampatkan gas ammonia

kering (NH3 ).

UMUM 
AMMONIA

Ammonia (formula kimia NH3 ) ialah gas alkali

yang tidak berwarna yang terdiri daripada satu

bahagian nitrogen dan tiga bahagian hidrogen. Ia

lebih ringan daripada udara, dan mempunyai bau

yang sengit. Ammonia boleh disedut jika ia

dicairkan dalam udara, tetapi gas ammonia pekat

boleh menyebabkan kelemasan dan kematian.

Ammonia tidak terbakar dalam udara, tetapi ia

terbakar dalam oksigen dengan nyala yang lemah

berwarna kuning.

UMUM 
AMINA

Amina ialah nama kumpulan bes organik lemah

yang sama dengan ammonia dari segi strukturnya.

Ahli kimia membentuk amina dengan

menggantikan satu atau lebih daripada tiga atom

hidrogen pada ammonia dengan mana-mana

kumpulan struktur organik yang mengandungi

karbon dan hidrogen. Apabila dineutralkan oleh

asid, amina membentuk garam (lihat Garam;

Kimia ). Amina digunakan secara komersial sebagai

pelarut dan juga dalam pembuatan bahan pencuci,

pencelup, racun herba, ubat, bahan pencuci filem

fotograf, dan perencat karat.

UMUM 
AMMONIUM HIDROKSIDA

Ammonium hidroksida lihat Ammonia.

UMUM 
PROSES HABER

Proses Haber ialah kaedah komersial

mengeluarkan ammonia daripada nitrogen dan

hidrogen. Fritz Haber, ahli kimia Jerman, mencipta

proses ini dan membuktikannya pada tahun 1909.

Dia mempatenkan proses ini pada tahun 1910.

Seorang lagi ahli kimia Jerman, Carl Bosch,

kemudiannya menyesuaikan proses ini untuk

kegunaan industri. Proses ini juga dikenali sebagai

proses Haber-Bosch .

UMUM 
OSTWALD, WILHELM

Ostwald, Wilhelm (1853–1932), ahli kimia, penulis,

dan guru Jerman, yang menerima Hadiah Nobel

tahun 1909 bagi bidang kimia. Dia menerima

anugerah ini terutamanya kerana kajiannya tentang

fenomena permukaan dan kelajuan tindak balas

kimia. Ostwald menulis sebuah daripada buku awal

tentang elektrokimia. Penyelidikannya tentang

pengoksidaan ammonia membantu Jerman membuat

bahan letupan semasa Perang Dunia I (1914–1915).

Ostwald lahir di Riga, Latvia.

UMUM 
BOSCH, CARL

Bosch, Carl (1874–1940) ialah ahli kimia dan

usahawan Jerman. Dia menjadi terkenal kerana

mencipta proses makmal eksperimen menjadi

kaedah pengeluaran komersial. Pada tahun 1910,

Fritz Haber mempaten kaedah membuat ammonia

daripada hidrogen atau nitrogen atmosfera.

Bosch menyesuaikan proses ini bagi penggunaan

industri. Dia juga membantu mengembangkan

secara komersial proses menghidrogenkan batu

arang dan minyak, yang ditemui oleh Friedrich

Bergius. Bosch dan Bergius berkongsi Hadiah

Nobel tahun 1931 untuk kimia.

UMUM 

Kembali ke atas