Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak

Puisi
 

Anak-anak di kayu tinggi,
     Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
     Bajulah basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(627)
Peribahasa

Anak harimau takkan menjadi anak kambing.

Bermaksud :

Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).

 

Lihat selanjutnya...(181)

89

Charity begin at home

Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain.

(Anak) kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran

He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home.

Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(55)

Pantun

PantunSumberTema
Anak itik si anak angsa, Beri padi anak kededek; Anak ini anak celaka, Beri laki anak berkehendak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak-anak dara, Main kuda-kuda, Anak kena dera, Mak tutup muka.Pantun Melayu SarawakUsik-Usik
Anak-anak di kayu tinggi, Tempat galah si daun pisang; Anak dagang menumpang di sini, Bajulah basah kering di pinggang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Air pasang anak-anak, Sampai pasang hujung sana; Kerbau jalang baru nak jinak, Baru merapat kandang lama.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Anak tiung anak ketitir, Anak balau terlompat-lompat; Barang dikendong habis tercicir, Barang dikejar haram tak dapat.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak ndong anak ketitir, Anak merbah terloncat-loncat; Untung dikendong habis tercicir, Untung dikejar haram tak dapat.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak sepat anak sembilai, Anak tengkarung di dalam padi; Dari jauh sengek dan kulai, Senyum serong haram tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Anak ikan anak angsa, Anak kala makan api; Patuk tedung abang tak bisa, Jeling janda nyaris nak mati.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Anak itik anak angsa, Anak menyusur lumut di batu; Jangan ditilik orang berbangsa, Tilik akan dagang piatu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak Cina anak Melayu, Anak Jepun melipat kain; Bagaimana bunga tak layu, Embun menitik di tempat lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas