Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak

Puisi
 

Anak-anak di kayu tinggi,
     Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
     Bajulah basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(627)
Peribahasa

Anak harimau takkan menjadi anak kambing.

Bermaksud :

Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).

 

Lihat selanjutnya...(181)

89

Charity begin at home

Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain.

(Anak) kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran

He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home.

Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(55)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tojungkang[t.dZuN.kAN]kata kerjamati biasanya digunakan untuk haiwan.Anak-anak ayam abih tojungkang dek sampa.[A.nA/.A.nA/ A.jAm A.bih t.dZuN.kAN de/ sAm.pA]Anak-anak ayam habis mati kerana penyakit sampar.
polanca[p.lAn.tSA]kata namakayu melintang yang menyambungkan dari tiang ke tiang.Bobudak sokarang tak kona polanco sobab tak ponak liek.[b.bu.dA/ s.kA.ÄAN tA/ k.nA p.lAn.tSA s.bAb tA/ p.nAh li.je/]Anak-anak sekarang, tidak kenal polanca kerana tidak pernah melihatnya.
mongorombik[m.N.čm.bi/kata adjektifterlalu banyak.Anak ruan mongorombik kek lubuk tu.[A.nA/ Äu.wAn m.N.čm.bi/ kE/ lu.bu/ tu]Anak haruan terlampau banyak di lubuk itu.
sokombut[s.kom.but]kata adjektifbanyak ragam.Anak se sokombut ragame, banyak yang dio ndak.[A.nA/ sE s.km.but ÄA.gAm.E bA.øA/ jAN di.j n.dA/]Anak saya banyak ragamnya, banyak yang dia hendak.
runeh[Äu.nEh]kata kerjabinasa.Anak padi yang baru disomai abih diruneh dek kambing.[A.nA/ pA.di jAN bA.Äu di.s.mAj A.bih di.Äu.nEh de/ kAm.biN]Anak padi yang baru disemai, habis dibinasakan oleh kambing.
jimban[dZim.bAn]kata adjektifberkenaan tubuh badan bayi yang montel, mungkil.Anak sulung misi tu jimban boto, ramai goram kek diyo.[A.nA/ su.luN mi.si tu dZim.bAn b.t ÄA.mAj g.ÄAm kE/ di]Anak sulung misi itu montel betul, ramai geram akan dia.
moriak[m.Äi.jA/]kata adjektifterlalu ramai.Anak nangoi tu moriak, goli goloman den nengoke.[A.nA/ nA.Nj tu m.Äi.jA/ g.li g.l.mAn dEn nE.N/.E]Anak babi itu terlalu banyak, geli geleman saya melihatnya.
sompulun[sm.pu.lun]kata tugasberkenaan lari dalam keadaan tidak tentu arah, bertempiaran; bosomeba.Anak ayam tu sompulun larie, dek nampak holang.[A.nA/ A.jAm tu sm.pu.lun lA.Äi.E de/ nAm.pA/ h.lAN]Anak ayam itu bertempiaran lari kerana nampak helang.
sampong[sAm.pN]kata kerjaberlubang, kesan gigitan.Poho anak lombu tu sampong kono gigit anjeng.[p.h A.nA/ lm.bu tu sAm.pN k.n gi.git An.dZeN]Peha anak lembu itu berlubang kena gigit anjing.
bosomeba[b.s.mE.bA]kata tugasberkenaan lari dalam keadaan tidak tentu arah, bertempiaran; sompulun.Anak ayam tu bosomeba larie, dek nampak holang.[A.nA/ A.jAm tu b.s.mE.bA lA.Äi.E de/ nAm.pA/ h.lAN]Anak ayam itu bertempiaran lari kerana nampak helang.
123

Kembali ke atas