Nabi Ya‘kub a.s. ialah bapa kepada 12 buah puak.
Baginda merupakan sandaran bagi bangsa Bani
Israel . Baginda digelar Israel yang bermakna “roh
Allah” dalam bahasa Ibrani. Nabi Ya’kub a.s. lahir di
Kanaan (Palestin). Kemudian, Nabi Ya‘kub a.s.
dibesarkan di bawah jagaan bapa baginda, Nabi
Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ketika dewasa, ibunya
menyuruh Nabi Ya‘kub a.s. pergi bermusafir
menemui bapa saudara sebelah ibunya di Iraq
kerana ibunya takut saudaranya itu berasa marah
sekiranya dia tidak menunaikan janjinya dulu. Di
sana , Nabi Ya‘kub a.s. mengahwini dua orang anak
perempuan pak ciknya. Nabi Ya‘kub a.s. juga
diberikan jariah untuk kedua-dua orang isterinya itu.
Selepas itu, keempat-empat orang wanita ini telah
melahirkan 12 orang anak yang diberi gelaran
“asbat” (puak). Setiap mereka inilah yang menjadi
bapa kepada puak-puak Bani Israel. Penglihatan
Nabi Ya‘kub a.s. pernah hilang akibat terlalu sedih
mengenangkan nasib anaknya, Nabi Yusuf a.s. yang
telah disingkir oleh saudara-saudaranya melalui
konspirasi jahat mereka. Namun, Allah SWT telah
mengembalikan penglihatannya setelah dia
menerima baju anaknya, Nabi Yusuf a.s. Nabi Ya‘kub
a.s. dapat berjumpa semula dengan anaknya itu
selepas lama kehilangannya, serta lama
menanggung kesedihan dan penderitaan yang
berat. Nabi Ya‘kub a.s. wafat di Mesir setelah 17
tahun duduk bersama anak kesayangannya Nabi
Yusuf a.s.