Biduk pecah nakhoda mati, anak buah bercerai-berai. | Apabila perusahaan yang besar mengalami kerugian maka pekerja-pekerjanya pun bercerai-berai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan. | Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Daun 'lah melayang, buah jatuh ke perdu juga. | Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya. | Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman. atal = buah kayu makanan enggang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |