Saya getah daun, dia getah batang. | Saya anak saudara, dia anak kandung, lebihlah dia daripada saya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking. | Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng. | Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jerat semata bunda kandung. | Anak seorang yang sangat disayangi dan dimanjakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |